Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Salam Kemerdekaan, salam 1 Malaysia...
MERDEKA! Laungan sejak 52 tahun lalu dilaungkan pada setiap 31 Ogos saban tahun. Sebelumnya negara telah dijajah oleh Jepun, Portugis dan British ( Inggeris ). Kejatuhan negara lebih setengan abad lalu telah melahirkan beberapa tokoh yang menentang penjajah, antaranya Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Doll Said dan ramai lagi yang seangkatannya. Semua pahlawan tersebut mahu menuntut kemerdekaan dan rasa tidak senang dijajah oleh pendatang. Akhirnya Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan rombongan telah berjaya menuntut kemerdekaan di meja rundingan. Hasilnya hingga hari ini kita semua menikmati KEMERDEKAAN.
Namun apakah erti MERDEKA kepada generasi yang lahir selepas Merdeka? Merdeka di sini bermaksud bebas dari penindasan dan penjajahan. Baik dari segi fizikal dan mental kita tidak lagi ditindas. Generasi kini bebas dari segi fizikal, tetapi adakah kita bebas dari segi mental dan pemikiran. Selagi pemikiran kita masih dijajah oleh budaya penjajah maka kita belum merdeka. Jadi fikir-fikirkanlah sendiri.
Tiada sambutan besar-besaran pada ulangtahun kemerdekaan ke-52. Mungkin ia jatuh pada bulan Ramadhan. Tetapi itu semua tidak menghalang semangat kemerdekaan.
Penulis dapati pada sambutan kali ini tidak banyak bendera atau jalur gemilang dipasang pada kenderaan. Entah mengapa? Tak kan bulan puasa tak boleh pasang bendera pada kenderaan atau mungkin bila lekatkan pada kenderaan, ia senang jatuh. Mulalah bersepah jalur gemilang di jalan raya. Ini pun satu hal, peniaga atau pengeluarnya nak fikir untung saja. Kualitinya tak de. Ataupun rakyat mengharapkan bendera free? Namun begitu jalur gemilang tetap berkibar megah di premis-premis kerajaan mahupun di sepanjang lebuh raya ( terutamanya LPT ).
Bagi pekerja awam dan swasta, bolehlah sambung cuti dan inilah peluang untuk membeli belah bagi persiapan hari raya. Pemilik gedung pakaian di ibu kota juga bertepuk tangan kerana cuti umum ini membantu menambahkan pendapatan mereka. Pelajar sekolah pula, sambung cuti lagi. Bagi calon UPSR makin hari makin dekat dengan UPSR. Tidak senang duduk nampaknya ( ibu bapalah). Anak-anak buat selambe je...
Bulan Ramadhan tidak menghalang sambutan kemerdekaan diadakan, sebaliknya pihak tertentu mengadakan aktiviti yang bersesuaian. Fikirlah sendiri....
Akhirnya, rebutlah peluang cuti umum ini dengan melakukan ibadah sebanyak mungkin kerana Ramadhan dah masuk 2/3. Masa berlalu dengan pantas sekali. Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
Sekian, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapacaian Diutamakan.

No comments:

Post a Comment