Saturday, February 27, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah
Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Bagi orang Islam, apabila bertemu dengan perkataan Nabi Muhammad SAW digalakkan berselawat. Orang yang dekat dengan Rasulullah saw pada hari akhirat ialah yang sentiasa mengingati Rasulullah.

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة

Sunday, February 21, 2010

PAKEJ PERKAHWINAN

Kami menawarkan beberapa pakej perkahwinan
dengan harga berpatutan dan mampu serta mesra pelanggan.
Antara Pakej yang ditawarkan :

PAKEJ A
Set Pelamin Kerawang ( RM 1 000 - RM 1 250 )
- 2 Pasang baju ( lelaki dan perempuan )
- Pelamin Lengkap
- Set par + 2 pahar + 2 payung
- Make up
Aksesori Lengkap
PAKEJ B
 Set Pelamin Kerawang ( RM 1 300 - RM 1 500 )
- 3 Pasang baju ( Lelaki dan Perempuan )
- Pelamin lengkap
-Set par + 2 Pahar + 2 Payung
-Make Up
- Aksesori pengantin
- Hiasan Bilik dan Cadar
 
PAKEJ C
Set Pelamin Kerawang ( RM 1 600 - RM 1 750 )
- 4 Pasang baju ( Lelaki dan Perempuan )
- Pelamin Lengkap
- Set par + 2 Pahar + 2 Payung
- Make up
- Aksesori pengantin
- Hiasan Dalam Bilik dan Cadar
- Pintu Gerbang
-Meja makan beradab
Segala gambar di atas adalah hiasan, dan banyak lagi reka bentuk menarik mengikut kesesuaian.
Juga terdapat perkhidmatan lain seperti fotografi dan yang berkaitan.
Kawasan operasi di Terengganu terutamanya sekitar Kuala Berang, Ajil, Telemong.
Di luar dari Terengganu harga dikira lain.
Untuk keterangan lanjut hubungi:
Liza - 019- 933 4362
Jay - 013 - 986 7752

Saturday, February 20, 2010

BALIK KAMPUNG

Pabila tiba musim perayaan yang melibatkan cuti panjang, maka berduyung-duyunglah anak perantauan akan kembali ke kampung bak ikan pulang ke lubuk. Begitu juga dengan aku dan familiku. Kesempatan ini sukar dilepaskan kerana pulang untuk mengunjungi keluarga terutamanya ibu bapa serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Niat yang akan membawa kepada kebahagiaan.
Namun begitu sebelum tiba ke destinasi pelbagai halangan dan cubaan yang perlu dihadapi. Antaranya; kesesakan lalulintas, mengantuk, kenderaan dan sesetengah sikap pemandu yang tidak berhemat di jalan raya. Nak marah, tapi kawal perasaan, sabar jelah. Ini dapat menguji sifat kita. Satu, dua, tiga kereta potong ikut laluan kecemasan sedangkan kita bergerak macam kura-kura. Panas juga rasanya walaupu dalam kereta berhawa dingin. Terima kasih kepada polis trafik yang menunggu di laluan kecemasan dan terus memberi surat saman kepada pesalah. Tapi kepada yang terlepas?
Tengok laju je kereta di laluan kecemasan, jarang yang kena saman. Bila kita melalui laluan tersebut terus kena saman. Nasib badan. Apa-apa pun undang-undang manusia boleh berubah dan ada yang terlepas. Tapi ingat undang-undang Allah tiada yang boleh terlepas. Berfikir dahulu sebelum bertindak......