Saturday, August 4, 2012

KHASIAT KURMA

Pabila Ramadhan menjelma, buah kurma ataupun 'tamar' mesti ada. Bagaikan tidak lengkap jika Ramadhan tanpa kurma. Kurma adalah buah yang disukai oleh Rasulullah s.a.w. Barang siapa yang turut menyukai dan makan kurma ia diberi pahala kerana mengikut sunnah. Pelbagai jenis kurma yang boleh didapati di pasaran dengan macam-macam namanya. Paling hebat sekali ialah kurma ajwa atau kurma nabi. Harganya pun amat mahal. Buah yang boleh didapayi di padang pasir ini sebenarnya dapat merawat penyakit gastrik, pedih ulu hati dan ulser perut. Kurma mempunyai keupayaan antioksida tinggi, bukan sahaja kaya dengan nutrisi dan tenaga, tetapi juga mengandungi kandungan bagimenguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan kesuburan dan metabolisme badan. Kurma banyak gula, terutama dalam bentuk fruktos serta glukosa iaitu zat penting diperlukan tubuh yang digantikan melalui makanan ketika sahur dan berbuka. Ia sangat rendah kandungan sodium dan tidak mengandungi kolestral.
Dalam surah Ibrahim, ayat 24: seorang sahabat bertanya kepada Nabi, pokok apa paling berguna, Jawab baginda ialah pokok tamar kerana mempunyai pelbagai guna dari pokok hingga buahnya. Surah an-Nahlu mengatakan kepelbagaiaan guna kurma dan kelebihannya kepada umat Islam dalam aspek pemakanan dan ekonomi. Islam menggalakkan umatnya makan sederhana ketika sahur dan mengambil sekurang-kurangnya 3 biji kurma sebelum makan makanan lain.