Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

10 PEMBAZIRAN

Membazir adalah saudara kepada Syaitan. Namun dalam kehidupan realiti adakah kita sedar tentang pembaziran ini. Kita sering melakukan pembaziran kepada rezeki kurniaan Allah seperti makanan. Sebenarnya ia berlaku dalam banyak hal. Di sini penulis ingin berkongsi mengenai 10 perkara yang sering dibazirkan. Antaranya:
1. ILMU - Dibazirkan kerana tidak mengamalkannya.
2. AMALAN - Dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan ikhlas.
3. HATI - Dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.
                                             

4. CINTA - Dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah.
5. HARTA - Dibazirkan dengan tidak membelanjakan pada jalan Allah.
6. MASA - Dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
7. TUBUH BADAN - Dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah.
8. ZIKIR - Dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati.
9. KEPINTARAN- Dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaan Allah.
10. KESIHATAN - Dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit.
Wallahhu a'lam......


Tuesday, December 11, 2012

TIPS IMAM SYAFIE

Menguatkan badan.
1. Makan daging.
2. Memakai haruman.
3. Kerap mandi.
4. Berpakaian dari kapas.

Melemahkan badan.
1. Banyak berkelamin (bersetubuh).
2. Selalu cemas.
3. Banyak minum air ketika makan.
4. Banyak makan bahan yang masam.

Menajamkan mata.
1. Duduk mengadap kiblat.
2. Bercelak sebelum tidur.
3. Memandang yang hijau.
4. Berpakaian bersih.

Merosakkan mata.
1. Memandang najis.
2. Melihat orang dibunuh.
3. Melihat kemaluan,
4. Membelakangi kiblat.

Menajamkan fikiran.
1. Tidak banyak berbual kosong.
2. Rajin bersugi (gosok gigi).
3. Bercakap dengan orang soleh.
4. Bergaul dengan para ulama.

Monday, November 26, 2012

TANDA HATI KOTOR

HATI. Semua makhluk Allah yang bernyawa ada hati. Hati iala organ homeostasis yang berperanan penting dalam proses metabolisme manusia atau haiwan. Pelbagai fungsi hati kepada makhluk, antaranya berperanan menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan tercerna dan diserap di usus.
       Dalam bahasa juga banyak perkataan dikaitkan dengan hati terutamanya simpulan bahasa, anataranya ADA HATI, BUAH HATI, HATI KUMAN, BUSUK HATI dan macam-macam lagi.  Sejarah awal Rasulullah juga pernah  menceritakan tentang hati, yang mana sebelum berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah saw telah dicuci hati oleh malaikat sebelum dilantik menjadi pemimpin umat manusia. Berikut penulis serta beberapa tanda-tanda hati yang kotor.
1. GELISAH walaupun tiada masalah.
2. Selalu BERBANGGA dengan diri sendiri.
3. SOMBONG dan bongkak.
4.Memandang HINA kepada orang lain.
5. Mencari dan menyebarkan KEAIBAN orang.
6. MENGUMPAT.
7. Senang hati melihat orang yangLEMAH dan hina.
8. Lidah yang tajam (LASER ).
9. Suka MENYINDIR dan menyakiti hati orang lain.
10. BERLAGAK alim untuk dipuji.
11. Menyampai ilmu dengan RIAK.
12. Anggap diri HEBAT dari orang lain.
13. Berpakaian untuk DIPUJI.
14. DERHAKA kepada ibu bapa.
15. TALAM DUA MUKA.
16. Menjatuhkan orang lain dengan KUASA yang ada.
17. LALAI dalam solatnya.
18. Selalu mencari SALAH orang.
19. Cintakan kepada duniawi (MATERIALISTIK).
20. Bersangka BURUK kepada orang lain.
21. Memperbesarkan perkara kecil.
22. Suka BERGOSIP.
23. Suka menabur FITNAH.
24. DENGKI dengan kepentingan duniawi.
25. Menggunakan Agama tujuan KEPENTINGAN peribadi.
Hati manusia
P/s: Hati lembu ada harga berbanding hati manusia.

Wednesday, November 21, 2012

Doa Dhuha

Saturday, August 4, 2012

KHASIAT KURMA

Pabila Ramadhan menjelma, buah kurma ataupun 'tamar' mesti ada. Bagaikan tidak lengkap jika Ramadhan tanpa kurma. Kurma adalah buah yang disukai oleh Rasulullah s.a.w. Barang siapa yang turut menyukai dan makan kurma ia diberi pahala kerana mengikut sunnah. Pelbagai jenis kurma yang boleh didapati di pasaran dengan macam-macam namanya. Paling hebat sekali ialah kurma ajwa atau kurma nabi. Harganya pun amat mahal. Buah yang boleh didapayi di padang pasir ini sebenarnya dapat merawat penyakit gastrik, pedih ulu hati dan ulser perut. Kurma mempunyai keupayaan antioksida tinggi, bukan sahaja kaya dengan nutrisi dan tenaga, tetapi juga mengandungi kandungan bagimenguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan kesuburan dan metabolisme badan. Kurma banyak gula, terutama dalam bentuk fruktos serta glukosa iaitu zat penting diperlukan tubuh yang digantikan melalui makanan ketika sahur dan berbuka. Ia sangat rendah kandungan sodium dan tidak mengandungi kolestral.
Dalam surah Ibrahim, ayat 24: seorang sahabat bertanya kepada Nabi, pokok apa paling berguna, Jawab baginda ialah pokok tamar kerana mempunyai pelbagai guna dari pokok hingga buahnya. Surah an-Nahlu mengatakan kepelbagaiaan guna kurma dan kelebihannya kepada umat Islam dalam aspek pemakanan dan ekonomi. Islam menggalakkan umatnya makan sederhana ketika sahur dan mengambil sekurang-kurangnya 3 biji kurma sebelum makan makanan lain.

Friday, April 20, 2012

RAHSIA SUJUD

Firman Allah swt: "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" ( Al-Ankabut :45 ) Pernahkah terfikir, apakah rukun solat yang paling disukai Allah. SUJUD ialah rukun yang paling disukai Allah kerna sujud dapat mendekatkan diri seorang hamba kepada penciptaNya. 
Bahkan setiap kali sujud sewajarnya seseorang hendaklah sentiasa mengingati mati dan mengganggap solat itu yang terakhir. Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah di samping lidah mengucapkan "subhaana Rabial a'la wabihamdih".
Hikmah sujud:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang dan organ peranakan bagi wanita.
2. Mengurangkan senggugut dan penyakit Hernia.
3. Melegakan kesakitan di bahagian paru-paru.
4. mengurangkan kesakitan di bahagian Pelvis, Apendiks atau Limpa.
5. Sebagai senaman untuk bahu, dada, leher, perut dan punggung. - menjadikan lebih kuat di samping melancarkan perjalanan darah.
6. Menguatkan saluran peranakan bagi wanita mengandung serta memudahkan menjalani proses bersalin. Manakala bagi ibu yang menyusu, sujud dapat menguatkan otot dalam melancarkan proses pengaliran susu.
7. Kedudukan sujud paling baik untuk melancarkan perjalanan darah ke otak yang boleh mengelakkan rasa pening dan migran.

Rajin-rajin bersujud terutamanya waktu malam, selamat beramal.

Saturday, March 17, 2012

SELAWAT

SELAWAT bermaksud doa, rahmat daripada Allah ke atas Nabi, Para Malaikat mendoakan, memohon rahmat dan kemuliaan ke atas Nabi dan orang-orang yang beriman memohon kepada Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan Nabi dan mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya.
Sebenarnya selawat ini ada pelbagai jenis, antaranya; selawat munjiat ( memohon hajat ), selawat ibrahim, selawat jibril, selawat syifa' ( ubat ), selawat Fateh, tafrijiah, badriah dan banyak lagi....
Hukum:
Wajib - dibaca dalam tasyahud akhir dan dalam solat jenazah.
Sunat - dibaca dalam tasyahud awal, apabila disebut Nabi Muhammad s.a.w. dalam sesuatu majlis keramaian atau pekerjaan yang baik, pada permulaan dan akhir doa, pada akhir doa qunut, pada hari Jumaat, sesudah takbir hari raya, sesudah bertalbiyah, ketika menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. dan ketika telinga berdengung.
Kepentingan, kelebihan dan faedah Selawat:
1. Ungkapan rindu seorang umat Islam kepada Rasulullah s.a.w. mengharapkan syafaatnya.
2. Mendapat rahmat dan keampunan Allah s.w.t.
3. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
4. Terselamat daripada kebingungan pada hari akhirat.
5. Terkabul hajat di dunia dan akhirat.
6. Memperolehi nur Ilahi lahir dan batin.
7. Mendapat keberkatan hidup sebagai orang-orang soleh.
8. Mendapat 10 kebajikan dan dihapuskan 10 kesalahan.
9. Menjauhi daripada kerugian dan penyesalan.
10. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
11. Terhindar daripada kefakiran dan menutup keaiban.
12. Terhindar daripada kebakhilan dan diangkat 10 darjat.
13. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
14. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
15. Memudahkan jalan bagi masuk ke syurga.
Serikan hidup kita dengan selawat ke atas Nabi dan selamat beramal.....

Sunday, January 1, 2012

5 PERKARA

Assalamualaikum.....
Penulis ingin mengajak semua pembaca merebut peluang ini, apatah lagi kita telah menjejaki tahun baru. Kita sering dengar dan tahu 5 perkara ini. Namun ingat mengingati sesama kita adalah wajib walaupun telah diketahui. Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
1. Masa muda sebelum tua
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa lapang sebelum sibuk
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa hidup sebelum mati
Tepuk dada tanya iman, Kita sering mendengar, "peluang hanya datang sekali..........
Renung-renungkan...
Wallahu 'alam....