Tuesday, December 17, 2013

BEK WOH (BIG WORK) EPU 2013

Assalamualaikum....
Lama tidak berceloteh di laman maya. Penulis ingin kongsi bersama tentang Hari Bersejarah bagi putera ke7 dalam famili Pok Ya Mengkawang. Majlis menyambut menantu telah diadakan pada 19 Nov 2013 di Villa Pok Ya Felda Mengkawang. Terdahulu majlis akad nikah dan perkahwinan telah diadakan pada 16 dan 17 Nov di rumah pengantin perempuan.
       Selamat pengantin baru diucapkan kepada Mohd Saiful dan pasangannya Fatin Umamah. Majlis akad nikah telah diadakan di rumah pengantin perempuan juga di Felda Mengkawang pada 16 Nov 2013 jam 9.00 malam yang turut disaksikan ahli keluarga terdekat. Dengan sekali lafaz sahaja maka pasangan sah bergelar suami isteri.
       17 Nov 2013 jam 2.00 petang rombongan pengantin lelaki telah berarak ke rumah pengantin perempuan disertai ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin. Persandingan mempelai diiringi hujan rahmat (musim tengkujuh - pian boh) dan sanak saudara serta rakan taulan  berpeluang menepung tawar mempelai berpakaian biru/coklat di singgahsana pelamin yang indah.
       Majlis menyambut menantu pula diadakan pada 19 Nov 2013. Terima kasih kepada tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Antara tetamu yang hadir ialah ADUN Ajil, YB Ghazali bin Taib serta isteri, mantan ADUN Ajil, Dato' Rosol b Wahid dan isteri, Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu ( YBhg. En Mohd Fahzan b Abd Wahab), En. Alias Mat ( Pengurus FM ), En. Abdullah Nazeran ( Felda Wilayah Trg), En. Amirul ( Pegawai Pertanian Felda Wilayah Terengganu), Pengurus Felda Tersat, Pengurus Felda Jerangau Barat, Pengurus Kilang Sawit Felda Jerengau Barat, Kakitangan Felda Wilayah Terengganu, Kakitangan Felda Zon Tengah, Kakitangan Kesihatan Hulu Terengganu, Guru Besar dan guru-guru SKFM. En. Azizi Azran b Abdullah ( PBSD ), Ida Fatiha Harun (PPBSD) dan kakitangan Pej Belia Daerah Kemaman, Nawawi Mohammad ( UMNO Kemaman ), Norha Harun (MBD Kemaman), Edy Faisal ( SU UMNO Kemaman). Paling utama sekali diucapkan ribuan terima kasih kepada sanak saudara, adik beradik dan penduduk FM khususnya ahli blok, jiran dan qariah Tanjung FM yang sama menjayakan majlis sambut menantu mulai dari kerja-kerja melapah, memasak, menghidang dan makan gula....seterusnya mengemas semula. Berat sama dipikul, ringan sama dijenjeng. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Tapi masa kenduri tu hanya hati lembu je yang ada.....
Pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini, segala kekurangan mohon dimaafkan dan doakan agar pengantin hidup bahagia ke akhir hayat serta kita semua diberkatiNya......Insya Allah.
























Thursday, October 10, 2013

Raya

Monday, July 8, 2013

PUASA RAMADHAN

Alhamdulillah, saban tahun umat Islam wajib berpuasa bagi melengkapkan rukun Islam. Puasa yang dimaksudkan ialah puasa wajib pada bulan Ramadhan al-Mubarak.
          Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sidiq hingga terbenam matahari. Itulah pengertian puasa yang selalu dihafaz oleh murid sekolah. Di sini penulis ingin berkongsi maklumat berkenaan puasa yang penulis ketahui:

Faedah Puasa kepada rohani dan jasmani
1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
2. Membersihkan rohani dengan menanamkan sifat positif dalam diri.
3. Melatih untuk bersyukur dan bersabar.
4. Benteng hawa nafsu amarah yang mendorong ke arah kejahatan.
5. Insaf dan menghayati kesusahan fakir miskin dan mendorong membantu serta membela mereka.
6. Membina peribadi tahan lasak, tinggi motivasi dan bersedia untuk diuji.
7. Dapat mengurus masa dengan baik.

Faedah Puasa kepada Kesihatan
1. Merehatkan organ pencernaan dalam tempoh kira-kira 14 jam.
2. Membantu sistem saraf berehat dan mengembalikan metabolisme darah ke tahap normal.
3. Menurunkan kadar gula darah, kolestrol dan tekanan darah tinggi.
4. Melatih mengawal nafsu.
5. Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental dengan memberi kesegaran pada otot memberi kesegaran pada otot.
6. Membantu menurunkan kadar racun dan kotoran dalam badan.
7. Memulihkanhormon, menjadikan sel tubuh lebih muda dan menambahkan sel darah putih untuk meningkatkan ketahanan tubuh terhadap penyakit.
8. Mengurangkan lemak badan.

Amalan Lazim Bulan Ramadhan
1. Solat sunat terawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Banyakkan bersedekah
4. Menjamu orang berbuka puasa
5. Banyak membaca tahlil
6. Banyak beristighfar dan bertaubat memohon keampunan Allah
7. Banyak berdoa memohon syurga dan perlindungan azab neraka
8. Mengajar banyak bersabar
9. Menghindarkan diri daripada maksiat dan perkara mungkar.

Perkara yang mesti dijauhi
MEMBAZIR dari segi segi seperti ketika berbuka puasa dan berbelanja....

SELAMAT BERPUASA
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lalu dan akan berjumpa Ramadhan akan datang....

Monday, June 24, 2013

walimatulurus Rasyidah

Tarikh : 24  Mac 2013
Tempat: No. 93 Felda Mengkawang.

SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT......

JEREBU

Apa itu JEREBU? Jerebu adalah keadaan kualiti udara yang tidak sihat dengan kehadiran partikel di atmosfera yang mengurangkan jarak penglihatan. Ini disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi dilepaskan dan menyerap sinaran matahari di atmosfera. Bila masa berlaku jerebu, Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) akan disukat bagi mengetahui tahap bahaya jerebu itu.
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan bahan pencemar udara untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungan kepada kesihatan.
Nilai IPU:
0 - 50 = baik
51 - 100 = sederhana
101 - 200 = tidak sihat
201 - 300 = sangat tidak sihat

Kesan jerebu kepada kesihatan
-Kesukaran bernafas
-Serangan jantung
-Gatal pada tekak
-Gatal pada mata
-Gangguan saluran pernafasan
-Gatal pada kulit

Orang ramai dinasihatkan agar banyak minum air masak dan kurangkan aktiviti luar rumah. Gunakan topeng menutup mulut dan hidung. Cegah sebelum merebak.
         

Sunday, June 23, 2013

NISFU SYAABAN

Nisfu Syaaban bermakna separuh dari bulan Syaaban. Maknanya cuma 15 hari lagi umat Islam akan menyambut puasa. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh keberkatan dan kerahmatan selepas malam lailatul qadar.
          Pada malam Nisfu Syaaban buku catatan amalan orang Islam selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dalam buku baru bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada 14 Syaaban.
          Antara amalan-amalan sunat pada bulan Syaaban ialah puasa sunat, berzikir, berighfar, selawat dan qiamulail. Pada malam Nisfu Syaaban juga umat Islam akan berkumpul di masjid atau surau untuk membaca Yaasin sebanyak 3 kali. iaitu:
-Bacaan pertama untuk mohon dipanjangkan umur dan taat kepada Allah serta beramal soleh kepadaNya.
-Bacaan kedua untuk memohon agar diberikan rezwki yang halal lagi diberkatiNya.
-Bacaan ketiga untuk mati dalam iman.
          Selain itu umat Islam juga disunatkan solat nisfu syaaban, samada selepas solat maghrib, isyak atau tengah malam. Lafaz niatnya :
  اصلى سنة ليلة نصف شعبان ركعتين لله تعلى 
Rakaat pertama bacaan al-fatihan dan al-kafirun
Rakaat kedua bacaan alfatihah dan al-ikhlas.

Selamat beramal...semoga amalan kita lebih baik dari semalam.

Saturday, June 1, 2013

PRU 13

05 Mei 2013 merupakan tarikh penting dalam lipatan sejarah Malaysia. Tarikh tersebut akan berlakunya proses memilih kerajaan Malaysia. Parti mana yang akan menerajui pimpinan negara akan diketahui. Sewajarnya pada hari tersebut semua rakyat Malaysia yang layak mengundi hendaklah membuat pilihan yang bijak.





PILIHANRAYA MALAYSIA

Selepas Perang Dunia ke2 berakhir pada 1945 dan pengunduran Tentera Jepun semangat Nasionalisme amat ketara. Tertubuhnya parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Lantas Pilihanraya diadakan untuk memilih kerajaan. Tujuan utama parti politik bertanding untuk mendapat majoriti di Parlimen ( Dewan Rakyat) juga Dewan Undangan Negeri. Calon yang mendapat majoriti akan diisytihar menang samada Parlimen atau Negeri.

Bagi melancarkan proses pilihanraya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal bagi memastikan prosedur pilihanraya berjalan tanpa masalah. Undang-undang tersebut ialah:
  1. Perlembagaan Persekutuan.
  2. Perlembagaan Negeri.
  3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
  4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
  5. Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
  6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
  7. Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.
Elemen-elemen penting pilihan raya
Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
  1. Bahagian Pilihan Raya.
  2. Pemilih.
  3. Calon.
  4. Proses Pilihan Raya.

Thursday, April 4, 2013

EGYPT

Sekitar kunjungan anak-anak ke bumi ambiya', Mesir @ EGYPT