Tuesday, December 17, 2013

BEK WOH (BIG WORK) EPU 2013

Assalamualaikum....
Lama tidak berceloteh di laman maya. Penulis ingin kongsi bersama tentang Hari Bersejarah bagi putera ke7 dalam famili Pok Ya Mengkawang. Majlis menyambut menantu telah diadakan pada 19 Nov 2013 di Villa Pok Ya Felda Mengkawang. Terdahulu majlis akad nikah dan perkahwinan telah diadakan pada 16 dan 17 Nov di rumah pengantin perempuan.
       Selamat pengantin baru diucapkan kepada Mohd Saiful dan pasangannya Fatin Umamah. Majlis akad nikah telah diadakan di rumah pengantin perempuan juga di Felda Mengkawang pada 16 Nov 2013 jam 9.00 malam yang turut disaksikan ahli keluarga terdekat. Dengan sekali lafaz sahaja maka pasangan sah bergelar suami isteri.
       17 Nov 2013 jam 2.00 petang rombongan pengantin lelaki telah berarak ke rumah pengantin perempuan disertai ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin. Persandingan mempelai diiringi hujan rahmat (musim tengkujuh - pian boh) dan sanak saudara serta rakan taulan  berpeluang menepung tawar mempelai berpakaian biru/coklat di singgahsana pelamin yang indah.
       Majlis menyambut menantu pula diadakan pada 19 Nov 2013. Terima kasih kepada tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Antara tetamu yang hadir ialah ADUN Ajil, YB Ghazali bin Taib serta isteri, mantan ADUN Ajil, Dato' Rosol b Wahid dan isteri, Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu ( YBhg. En Mohd Fahzan b Abd Wahab), En. Alias Mat ( Pengurus FM ), En. Abdullah Nazeran ( Felda Wilayah Trg), En. Amirul ( Pegawai Pertanian Felda Wilayah Terengganu), Pengurus Felda Tersat, Pengurus Felda Jerangau Barat, Pengurus Kilang Sawit Felda Jerengau Barat, Kakitangan Felda Wilayah Terengganu, Kakitangan Felda Zon Tengah, Kakitangan Kesihatan Hulu Terengganu, Guru Besar dan guru-guru SKFM. En. Azizi Azran b Abdullah ( PBSD ), Ida Fatiha Harun (PPBSD) dan kakitangan Pej Belia Daerah Kemaman, Nawawi Mohammad ( UMNO Kemaman ), Norha Harun (MBD Kemaman), Edy Faisal ( SU UMNO Kemaman). Paling utama sekali diucapkan ribuan terima kasih kepada sanak saudara, adik beradik dan penduduk FM khususnya ahli blok, jiran dan qariah Tanjung FM yang sama menjayakan majlis sambut menantu mulai dari kerja-kerja melapah, memasak, menghidang dan makan gula....seterusnya mengemas semula. Berat sama dipikul, ringan sama dijenjeng. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Tapi masa kenduri tu hanya hati lembu je yang ada.....
Pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini, segala kekurangan mohon dimaafkan dan doakan agar pengantin hidup bahagia ke akhir hayat serta kita semua diberkatiNya......Insya Allah.
























No comments:

Post a Comment