Saturday, June 1, 2013

PILIHANRAYA MALAYSIA

Selepas Perang Dunia ke2 berakhir pada 1945 dan pengunduran Tentera Jepun semangat Nasionalisme amat ketara. Tertubuhnya parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Lantas Pilihanraya diadakan untuk memilih kerajaan. Tujuan utama parti politik bertanding untuk mendapat majoriti di Parlimen ( Dewan Rakyat) juga Dewan Undangan Negeri. Calon yang mendapat majoriti akan diisytihar menang samada Parlimen atau Negeri.

Bagi melancarkan proses pilihanraya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal bagi memastikan prosedur pilihanraya berjalan tanpa masalah. Undang-undang tersebut ialah:
  1. Perlembagaan Persekutuan.
  2. Perlembagaan Negeri.
  3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
  4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
  5. Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
  6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
  7. Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.
Elemen-elemen penting pilihan raya
Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
  1. Bahagian Pilihan Raya.
  2. Pemilih.
  3. Calon.
  4. Proses Pilihan Raya.

No comments:

Post a Comment