Saturday, December 3, 2011

PUSAKA TOK GADUH

Anak cucu cicit cuit TG yang hadir.
Bukit Diman-26 November 2011, Perjumpaan ahli keluarga Tok Gaduh telah diadakan di balairung Kg. Bukit Diman. Program ini bertujuan untuk menemu dan memesrakan keturunan Tok Gaduh. Walaupun Tok Gaduh telah kembali ke rahmatullah namun nama beliau tetap dikenang bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Untuk makluman, nama asal beliau ialah Hassan bin Ali dan lebih popular dengan gelaran Tok Gaduh. Beliau dikatakan lahir pada tahun 1893 ( namun tahun tersebut dipertikaikan kerana dahulu mana ada surat beranak atau KP ) dan meninggal pada 06 Okt 1990. Mempunyai 6 orang anak, kesemuanya kaum Hawa. 3 telah kembali dan 3 lagi masih berada di Bukit Diman ( dekat Bala Tok Gaduh ). 
Digelar Tok Gaduh kerana; gaduh bermaksud gopoh atau sibuk. Maksud sibuk di sini bukannya penyibuk atau buat kerja dengan gopoh tetapi beliau mementingkan kerja-kerja masyarakat kampung melebihi kepentingan peribadi. Pendek kata, utamakan kerja orang lain dari sendiri. Contohnya jika ada sesuatu majlis dalam kampung, beliaulah yang paling sibuk. Ada juga pendapat mengatakan bahawa Tok Gaduh ini pernah menyelamatkan Mat Kilau sebelum Mat Kilau berpindah ke Kelantan.
Hadir sama ialah ADUN Ajil, Dato Rosol Wahid yang turut merasmikan perjumpaan tersebut. Menurut beliau, walaupun tidak pernah menjawat Ketua Kampung, TG juga merupakan tempat rujukan dan tempat mengadu masyarakat setempat. Kini surau yang diwakafkan beliau tersegam indah di sebelah 'bawah' Kg. Bukit Diman.
Allahyarham Hassan bin Ali @ Tok Gaduh
Perjumpaan anak cucu cicit cuit Tok Gaduh ini merupakan titik permulaan bagi generasi millineum mengenali sanak saudara terdekat. Delima sekarang ini, ramai yang tidak mengenali saudara sendiri walaupun 'berlanggar bahu'. Harapan perjumpaan akan datang dihadiri oleh semua.
Sebelum mengakhiri hikayat ini, al-fatihah buat arwah Tok Gaduh, Tok We, Tok Ngoh dan Tok Teh, semoga roh mereka di tempatkan bersama orang-orang soleh... Amiiiin...
Wallah hu a'lam....

No comments:

Post a Comment