Thursday, September 16, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA

Tahukah Anda? Mulai 2010 Hari Malaysia diberi pengiktirafan dan diisytiharkan hari cuti umum selepas PM Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan di Parlimen. Dalam lipatan sejarah Malaysia, tarikh 16 September 1963 ada peristiwanya tersendiri. Pada tarikh keramat yang berkesinambungan dengan tarikh kemerdekaan Malaysia itu adalah negara Malaysia ditubuhkan.
16 September 1963 merupakan hari penubuhan Malaysia yang menggabungkan Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura yang membentuk sebuah negara yang dikenali Malaysia. Asalnya, dicadangkan pada 1 Jun 1963 sebelum tarikh 31 Ogos, namun tercetus beberapa isu bantahan dari Filipina dan Indonesia yang tidak setuju dengan persempadanan negara.
31 Ogos disambut bagi memperingati perjuangan mencapai kemerdekaan daripada penjajahan. Manakala Hari Malaysia pula dirayakan bagi mengerat hubungan perpaduan dan persefahaman rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak yang kaya dengan pelbagai kaum etnik.
Sehubungan itu, bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan ke 53, 1Malaysia Menjana Tranformasi. Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-47. Semoga perpaduan di negara ini dikekalkan buat selamanya seterusnya menjadikan Malaysia negara aman dan harmonis.

No comments:

Post a Comment