Saturday, September 4, 2010

"NAMAT"

Juadah berbuka



Namat? Apa bendanya tu? "Namat' selalu disebut pada bulan puasa di negeri Pantai Timur terutamanya negeri Teregganu. Sejak aku lahir hingga kini tak pernah ku tanya apa sebenarnya 'NAMAT'. Yang aku faham 'Namat' ni majlis berbuka puasa. Kenapa disebut 'Namat'.
Pada pendapat ku 'Namat' tu ringkasan kepada penamat. Mungkin orang dulu-dulu (nenek moyang) mengistilahkan 'Namat' kerana bagi meraikan kejayaan berpuasa selama sebulan maka diadakan majlis berbuka puasa pada hari terakhir puasa, itulah agaknya asal 'Namat' tu. Tapi kini ia diadakan sebelum berakhirnya Ramadhan. Pada pendapatku juga, sesetengah orang mengadakan majlis berbuka puasa ni ketika waktu senang. Kalau semua orang ingin menganjurkan pada akhir Ramadhan, maka tuan rumah je yang makan sendiri kerana semua rumah menganjurkannya, dah tiada siapa yang nak datang. Jadi setiap orang yang ingin menganjurkan 'Namat' akan pilih hari yang sesuai agar tidak bertembung dengan penganjur lain. Lagipun pada akhir Ramadhan semua orang akan sibuk membuat persiapan raya seperti membuat lemang, ketupat, kemas rumah dan sebagainya.
Ia bukanlah satu amalan yang wajib, tetapi terpulang kepada individu yang berkemampuan dan dalam hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa memberi makan orang yang berbuka puasa; maka ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu (HRTarmidzi)" Ia juga merupakan sedekah dari tuan rumah, kerana pada bulan Ramadhan ni kita digalakkan mencari sebanyak mungkin pahala. Selain itu ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat. 
Pada Ramadhan 1431H, keluargaku telah memilih hari Nuzul al-Quran untuk mengadakan majlis tersebut ( 17 Ramadhan/27 Ogos) dengan harapan agar semua ahli keluarga dapat berkumpul dan sama membantu menjayakan majlis 'Namat' ini. Insya Allah majlis 'Namat' akan diadakan setiap tahun oleh keluargaku. Berikut adalah beberapa gambar kenangan 'Namat' 1431H.

Persiapan
Tugasan kaum ibu
Tak buat kerja ke....?
Sedap air ni....
Kira buah kurma ke....
harap ke die je.....
Setakat tuang air je....
tahlil
Jam pukul berape ni....
Apa lagi ditunggu...
Tambah, tambah, jangan segan
Makan kat luar lagi best...

No comments:

Post a Comment