Sunday, July 29, 2012

JUARA SUKMA XV

Tahniah Skuad SUKMA Terengganu yang mengekalkan kejuaran Sukan Malaysia ke-15 tahun 2012. Temasya yang bermula 7- 16 Julai dengan tema 'sukan menjana perpaduan' itu diadakan di Pahang Darul Makmur. Ia juga menobatkan atlet Terengganu sebagai olahragawan Sukma. Abd Mubin Rahim hanya mengondol 2 pingat emas, tetapi kerana beliau telah memecahkan rekod kebangsaan dalam angkat berat maka terus dinobatkan olahragawan.Temasya yang berlangsung selama 12 hari yang menawarkan 1 204 butir pingat menjadi rebutan 14 buah negeri juga negara Brunei Darul Salam. Kejayaan Terengganu adalah kejuaraan keempat berturut-turut selepas di Terengganu(2008), Melaka(2010), Wilayah Persekutuan(2011). Pada mulanya kutipan pingat agak perlahan dan Selangor sentiasa mengungguli carta kutipan pingat. Namun masuk 3 hari terakhir Terengganu terus memecut tanpa memberi peluang kepada negeri lain.
Kontijen yang diketuai oleh CDM En. Wan Nawawi Wan Ismail muncul juara keseluruhan dalam 7 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu  basikal (12 emas), memanah (9 emas), olahraga (8 emas), Takraw dan ekuestrian (3 emas) dan lawn bowl juga hoki (2 emas ). Ini membolehkan Terengganu menggondol 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa meninggalkan pesaing terdekat Selangor dengan 47 emas, 54 perak dan 60 gangsa.
Kejayaan ini adalah usaha keras semua pihak, bermula pentadbiran negeri ke rakyat jelata. Terima kasih MB Terengganu, Datuk Ahmad Said. Tahniah diucapkan kepada semua rakyat Terengganu dan jumpa lagi SUKMA XIV di Perlis Indera Kayangan pada 2014.














No comments:

Post a Comment