Friday, December 14, 2012

Thursday, December 13, 2012

10 PEMBAZIRAN

Membazir adalah saudara kepada Syaitan. Namun dalam kehidupan realiti adakah kita sedar tentang pembaziran ini. Kita sering melakukan pembaziran kepada rezeki kurniaan Allah seperti makanan. Sebenarnya ia berlaku dalam banyak hal. Di sini penulis ingin berkongsi mengenai 10 perkara yang sering dibazirkan. Antaranya:
1. ILMU - Dibazirkan kerana tidak mengamalkannya.
2. AMALAN - Dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan ikhlas.
3. HATI - Dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.
                                             

4. CINTA - Dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah.
5. HARTA - Dibazirkan dengan tidak membelanjakan pada jalan Allah.
6. MASA - Dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
7. TUBUH BADAN - Dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah.
8. ZIKIR - Dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati.
9. KEPINTARAN- Dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaan Allah.
10. KESIHATAN - Dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit.
Wallahhu a'lam......


Tuesday, December 11, 2012

TIPS IMAM SYAFIE

Menguatkan badan.
1. Makan daging.
2. Memakai haruman.
3. Kerap mandi.
4. Berpakaian dari kapas.

Melemahkan badan.
1. Banyak berkelamin (bersetubuh).
2. Selalu cemas.
3. Banyak minum air ketika makan.
4. Banyak makan bahan yang masam.

Menajamkan mata.
1. Duduk mengadap kiblat.
2. Bercelak sebelum tidur.
3. Memandang yang hijau.
4. Berpakaian bersih.

Merosakkan mata.
1. Memandang najis.
2. Melihat orang dibunuh.
3. Melihat kemaluan,
4. Membelakangi kiblat.

Menajamkan fikiran.
1. Tidak banyak berbual kosong.
2. Rajin bersugi (gosok gigi).
3. Bercakap dengan orang soleh.
4. Bergaul dengan para ulama.

Monday, November 26, 2012

TANDA HATI KOTOR

HATI. Semua makhluk Allah yang bernyawa ada hati. Hati iala organ homeostasis yang berperanan penting dalam proses metabolisme manusia atau haiwan. Pelbagai fungsi hati kepada makhluk, antaranya berperanan menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan tercerna dan diserap di usus.
       Dalam bahasa juga banyak perkataan dikaitkan dengan hati terutamanya simpulan bahasa, anataranya ADA HATI, BUAH HATI, HATI KUMAN, BUSUK HATI dan macam-macam lagi.  Sejarah awal Rasulullah juga pernah  menceritakan tentang hati, yang mana sebelum berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah saw telah dicuci hati oleh malaikat sebelum dilantik menjadi pemimpin umat manusia. Berikut penulis serta beberapa tanda-tanda hati yang kotor.
1. GELISAH walaupun tiada masalah.
2. Selalu BERBANGGA dengan diri sendiri.
3. SOMBONG dan bongkak.
4.Memandang HINA kepada orang lain.
5. Mencari dan menyebarkan KEAIBAN orang.
6. MENGUMPAT.
7. Senang hati melihat orang yangLEMAH dan hina.
8. Lidah yang tajam (LASER ).
9. Suka MENYINDIR dan menyakiti hati orang lain.
10. BERLAGAK alim untuk dipuji.
11. Menyampai ilmu dengan RIAK.
12. Anggap diri HEBAT dari orang lain.
13. Berpakaian untuk DIPUJI.
14. DERHAKA kepada ibu bapa.
15. TALAM DUA MUKA.
16. Menjatuhkan orang lain dengan KUASA yang ada.
17. LALAI dalam solatnya.
18. Selalu mencari SALAH orang.
19. Cintakan kepada duniawi (MATERIALISTIK).
20. Bersangka BURUK kepada orang lain.
21. Memperbesarkan perkara kecil.
22. Suka BERGOSIP.
23. Suka menabur FITNAH.
24. DENGKI dengan kepentingan duniawi.
25. Menggunakan Agama tujuan KEPENTINGAN peribadi.
Hati manusia
P/s: Hati lembu ada harga berbanding hati manusia.

Wednesday, November 21, 2012

FOR SALE










Doa Dhuha

Saturday, August 4, 2012

KHASIAT KURMA

Pabila Ramadhan menjelma, buah kurma ataupun 'tamar' mesti ada. Bagaikan tidak lengkap jika Ramadhan tanpa kurma. Kurma adalah buah yang disukai oleh Rasulullah s.a.w. Barang siapa yang turut menyukai dan makan kurma ia diberi pahala kerana mengikut sunnah. Pelbagai jenis kurma yang boleh didapati di pasaran dengan macam-macam namanya. Paling hebat sekali ialah kurma ajwa atau kurma nabi. Harganya pun amat mahal. Buah yang boleh didapayi di padang pasir ini sebenarnya dapat merawat penyakit gastrik, pedih ulu hati dan ulser perut. Kurma mempunyai keupayaan antioksida tinggi, bukan sahaja kaya dengan nutrisi dan tenaga, tetapi juga mengandungi kandungan bagimenguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan kesuburan dan metabolisme badan. Kurma banyak gula, terutama dalam bentuk fruktos serta glukosa iaitu zat penting diperlukan tubuh yang digantikan melalui makanan ketika sahur dan berbuka. Ia sangat rendah kandungan sodium dan tidak mengandungi kolestral.
Dalam surah Ibrahim, ayat 24: seorang sahabat bertanya kepada Nabi, pokok apa paling berguna, Jawab baginda ialah pokok tamar kerana mempunyai pelbagai guna dari pokok hingga buahnya. Surah an-Nahlu mengatakan kepelbagaiaan guna kurma dan kelebihannya kepada umat Islam dalam aspek pemakanan dan ekonomi. Islam menggalakkan umatnya makan sederhana ketika sahur dan mengambil sekurang-kurangnya 3 biji kurma sebelum makan makanan lain.

Sunday, July 29, 2012

JUARA SUKMA XV

Tahniah Skuad SUKMA Terengganu yang mengekalkan kejuaran Sukan Malaysia ke-15 tahun 2012. Temasya yang bermula 7- 16 Julai dengan tema 'sukan menjana perpaduan' itu diadakan di Pahang Darul Makmur. Ia juga menobatkan atlet Terengganu sebagai olahragawan Sukma. Abd Mubin Rahim hanya mengondol 2 pingat emas, tetapi kerana beliau telah memecahkan rekod kebangsaan dalam angkat berat maka terus dinobatkan olahragawan.Temasya yang berlangsung selama 12 hari yang menawarkan 1 204 butir pingat menjadi rebutan 14 buah negeri juga negara Brunei Darul Salam. Kejayaan Terengganu adalah kejuaraan keempat berturut-turut selepas di Terengganu(2008), Melaka(2010), Wilayah Persekutuan(2011). Pada mulanya kutipan pingat agak perlahan dan Selangor sentiasa mengungguli carta kutipan pingat. Namun masuk 3 hari terakhir Terengganu terus memecut tanpa memberi peluang kepada negeri lain.
Kontijen yang diketuai oleh CDM En. Wan Nawawi Wan Ismail muncul juara keseluruhan dalam 7 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu  basikal (12 emas), memanah (9 emas), olahraga (8 emas), Takraw dan ekuestrian (3 emas) dan lawn bowl juga hoki (2 emas ). Ini membolehkan Terengganu menggondol 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa meninggalkan pesaing terdekat Selangor dengan 47 emas, 54 perak dan 60 gangsa.
Kejayaan ini adalah usaha keras semua pihak, bermula pentadbiran negeri ke rakyat jelata. Terima kasih MB Terengganu, Datuk Ahmad Said. Tahniah diucapkan kepada semua rakyat Terengganu dan jumpa lagi SUKMA XIV di Perlis Indera Kayangan pada 2014.














Sunday, July 8, 2012

HARI PENEROKA 2012

07 Julai 2012, berduyun-duyun peneroka felda seluruh negara menuju ke Platinum Park, Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Peneroka 2012. Sambutan kali ini berbeza dengan sebelumnya kerana diadakan kawasan segi tiga emas KL. Sebelum ini salah satu rancangan akan dipilih untuk dijadikan tuan rumah. Apakah kejutan Felda kali ini? 
Hadir merasmikan sambutan tersebut tak lain tak bukan PM kita, Y.A.B. Datuk Sri Najib Tun Razak. Sambutan yang bermula jam 8.30 malam itu sebenarnya serentak dengan perasmian Menara Felda. Menara setinggi 50 tingkat yang beharga RM700juta yang diilhamkan daripada bentuk biji sawit.
Nah, satu lagi mercu kejayaan Felda selepas penyenaraian FGVH di bursa saham. Menara tersebut sudah mencatat keuntungan kerana nilaian terkini RM 965 juta. Keuntungan sebanyak RM 265 juta. Itulah tranformasi Felda yang berasal dari Lurah Bilut dan selepas 56 tahun nama FELDA terkenal seantero dunia. Keuntungan dijangka lebih lagi apabila menara tersebut memulakan operasinya dan FGVH berada di tempat kedua bursa saham dunia. Peneroka serta generasi felda akan menikmati keberuntungan tersebut. Teruskan kegemilangan Felda demi untuk rakyat.
Sebagai anak peneroka dan generasi kedua Felda, penulis bangga menjadi anak felda dan dari hasil felda penulis hidup bahagia dengan kerjaya sekarang yang juga menyumbang kepada perkembangan negara walaupun tidak berkhidmat dengan felda. Alhamdulillah, bersyukurlah. Ingat kita berada sekarang dari hasil felda. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.




Friday, July 6, 2012

DIVIDEN KPF

KPF atau Koperasi Permodalan Felda akan membayar dividen yang agak tinggi berbanding dengan pelaburan lain kepada ahlinya. Agihan dividen tersebut untuk tempoh berakhir 2011, namun tertakluk kepada kelulusan dan pengesahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Dapatan mesyuarat Agung Tahunan ke-31 pada 20 Jun lalu memutuskan 18% dividen akan dibayar kepada pencarum mengikut saham pendeposit. Proses bayaran sebanyak 10% akan dibayar pada Julai 2012.
Selepas penyenaraian FGVH di bursa saham, pendapatan yang melonjak akan memberi tempias kepada pencarum KPF. Syukur rezeki sama dirasai.


Sunday, June 10, 2012

Penyakit Batu Karang

Sakit perut berguling-guling. Nak buang air tak keluar, nak muntah tak keluar. Sakit perut memulas-mulas, badan berpeluh-peluh, serba serbi tak kena. Itu tanda batu karang mula menyerang. Pergi klinik dapatkan rawatan, untuk hilangkan sakit dengan cepat terus dapatkan suntikan penahan sakit. Pengalaman ini penulis ingin kongsi bersama. Menurut doktor lagi, kalau tekan perut sikit terus rasa sakit, itu apendiks. Kadang-kadang doktor akan tumbuk perlahan pinggang untuk memastikan penyakit batu karang.
       Batu Karang adalah satu masalah yang kerap ditemui kepada setiap seorang daripada 10 orang. Kejadian kerap berlaku kepada golongan berusia 30 hingga 50 tahun.Majoritiny adalah lelaki. Antara punca lelaki senang terkena batu karang kerana gaya hidup yang tanpa disedari mengganggu sistem buah pinggang.
       Gaya hidup yang senang untuk obes dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang antara puncanya. Kurang minum air kosong juga menyebabkan berlaku penghidratan. Kurang bersenam juga salah satu penyebabnya. Kerosakan pada tisu otot setiap hari menyebabkan penambahan pembuangan metabolisme dan kecenderungan pembentukan batu. Saluran urin yang kompleks berbanding wanita juga puncanya.
       Risiko lain antaranya sejarah keluarga yang menghidap masalah sama hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan, masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin dan cuaca panas. Banyak duduk juga penyebabnya kerana tulang akan banyak mengeluarkan kalsium  ke dalam darah.

Punca Batu Karang
Air kencing menjadi tepu dengan garam seperti kalsium oksalat, struvite (magnesium fostat ammonia) dan asid urik lalu membentuk kristal halus. Dalam bahasa mudahnya individu yang selalu menahan kencing sering menjadi penyebabnya. Pemakanan juga mempengaruhi juga seperti cenderung kepada makanan yang masin.

Pencegahan dan Rawatan
Ubah gaya hidup. Kemudian jalani 3 ujian iaitu ujian air kencing, darah dan pemeriksaan tekanan darah tinggi bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal. Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, digalakkan minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing dan elakkan minuman manis terutama air berkarbonat.
       Kekurangan Vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, kubis bunga dan pisang boleh mengatasi masalah ini. Elakkan makanan yang kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat tetapi ganti dengan banyak makan sayur dan buah-buahan kaya serat.Sumber protien haiwan mesti dikurangkan dan digantikan dengan protien tumbuh-tumbuhan.

Rawatan sendiri
       Nanas penawar penyakit batu karang. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nenas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nenas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.
       Selain itu untuk meredakan sakit batu karang ialah minum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula. Perah sebiji limau nipis tua ke dalam secawan air dan minum sukatan yang sama tiga hingga lima kali sehari. Untuk menyahkan batu karang, boleh dicampurkan dengan minyak zaitun. Caranya, ambil sesudu besar air perahan limau nipis dan sesudu besar minyak zaitun dengan 4 cawan air. Insya Allah batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas itu. 
       Sekiranya tempat anda ada buah 'katak puru' atau 'nam-nam' boleh juga dijadikan penawarnya. Ada juga orang tua berpesan dengan minum jus lobak puti dapat mengatasi masalah batu karang ini. Namun begitu pencegahannya lebih penting. Jadi elakkan makanan laut terutamanya yang bercengkerang seperti ketam, kerang, lala, udang dan sotong. Semuanya datang dari laut dan batu karang juga tempatnya di laut, jadi jangan biarkan ia membesar dalam perut kita.

Thursday, June 7, 2012

EURO 2012


Demam BOLA kembali. Kini kejohanan bola sepak negara-negara Eropah. Bermula 8 Jun, 16 pasukan akan bersaing untuk meletakkan negara sebagai kuasa bola Eropah. Edisi ke-14 ini akan berlangsung di Poland dan Ukraine.

Untuk maklumat bersama, kejohanan ini dicetuskan oleh Henri Delaunay seorang warga Perancis pada 1958. Nama beliau sebaris dengan Pierre de Coubertin (pengasas Sukan Olimpik) dan Jules Rimet (Piala Dunia). Edisi 2012 disertai oleh:
Kumpulan A - Poland, Greece, Rusia dan Rep Czech.
Kumpulan B - Belanda, Denmark, Jerman dan Portugal.
Kumpulan C - Sepanyol, Itali, Ireland dan Croatia.
Kumpulan D - Ukraine, Sweden, Perancis dan England.
Sepak mula akan menemukan tuan rumah Poland menentang Greece di Stadium Nasional Warsaw. Manakala final Euro 2012 pada 2 Julai di Stadium Olimpik, Kiev, Ukraine.

Jadual EURO 2012 Klik je....

Pandangan penulis, sebagai peminat bola sepak, kumpulan B boleh dikatan kumpulan maut berbanding kumpulan lain. Dalam setiap kejohanan pasti akan muncul bintang yang menyinar. Adakah bintang tersebut pemain yang sudah mencipta nama dalam kancah bola sepak seperti Cristiano Ronaldo, Wyne Rooney, Mesut Ozil, Robin Van Persie, Andres iniesta atau Karim Benzema. Tunggu sahaja..
Maskot EURO 2012
Sejak ia diperkenalkan, penulis sertakan pasukan yang tertulis pada piala yang menjadi rebutan 16 pasukan Eropah itu: Bermula 1960 hingga 2008. 1960 (USSR), 1964 (Sepanyol), 1968 (Itali), 1972 (Jerman Barat), 1976 (Czechoslovakia), 1980 (Jerman Barat), 1984 (Perancis), 1988 (Belanda), 1992 (Denmark), 1996 (Jerman), 2000 (Perancis), 2004 (Greece) dan Sepanyol pada 2008. 2012, adakah juara baru akan terpahat pada piala tersebut. Bolehkah Sepanyol mengekalkannya bagi mencipta sejarah baru Euro. Sebelum ini tiada pasukan yang dapat mempertahannya. Kita semua tunggu dan lihat.

HOSNI MUBARAK DIPENJARA SEUMUR HIDUP

Hanya dipenjara seumur hidup. Itulah hukuman yang dikenakan kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Pemerentah pro tentera ini mengamalkan pemerintahan kuku besi yang menyebabkan rakyat Mesir memberontak. Mesir juga sebahagian dari bumi anbiya dan tempat lahirnya ilmuan Islam hingga kini. Apakah halatuju institusi pendidikan di sana akibat dari porak peranda rakyat Mesir.
Tanggal 2 Jun 2012 bermula era baru presiden ini di tirai besi sebagai banduan kerana sabitan membunuh rakyat dalam peristiwa Revolusi Arab di Dataran Tahrir tahun lalu. Pemerintah diktator Mesir ini telah ditempatkan di Penjara Torah akibat mengarahkan pembunuhan lebih 900 penunjuk perasaan.
Namun beliau terlepas dari hukuman mati seperi dikehendaki rakyat Mesir. Tidak seperti Saddam Hussein dan Muammar Gadaffi. 
          Apakah maksud hukuman seumur hidup tersebut? Masih berpeluang diktator ini bebas dan berkuasa semula. Sekarang umurnya 84 tahun, bermakna ia ditempatkan dalam tahanan selama 84 tahun lagi, tapi kemungkinan untuk bebas tetap ada.
           Mesir telah dicengkam pemerintahan rejim tentera sejak 1953 lagi, bermula Muhammad Naguib ( 1953-1954), Gamal Abdel Nasser (1954-1970), Anwar Sadat (1970-1981) dan Hosni Mubarak (1981-2012). Apakah selepas ini delegasi tentera terus mencengkam rakyat Mesir?
Bersyukur kita berada di Malaysia yang masih lagi aman. Kejatuhan rejim Hosni di Mesir umpama cermin bahawa keadilan politik, ekonomi dan sosial tidak ditegakkan untuk sekian lama yang membawa kepada trcetusnya kebangkitan. Apakah nasib Mesir selepas ini? Bagaimana pula dengan tempat-tempat sejarah Islam dan institusi pendidikan yang rata-ratanya menjadi pilihan pelajar Malaysia?

Tuesday, May 1, 2012

HARI PEKERJA

SELAMAT HARI PEKERJA 2012


Friday, April 20, 2012

RAHSIA SUJUD

Firman Allah swt: "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" ( Al-Ankabut :45 ) Pernahkah terfikir, apakah rukun solat yang paling disukai Allah. SUJUD ialah rukun yang paling disukai Allah kerna sujud dapat mendekatkan diri seorang hamba kepada penciptaNya. 
Bahkan setiap kali sujud sewajarnya seseorang hendaklah sentiasa mengingati mati dan mengganggap solat itu yang terakhir. Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah di samping lidah mengucapkan "subhaana Rabial a'la wabihamdih".
Hikmah sujud:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang dan organ peranakan bagi wanita.
2. Mengurangkan senggugut dan penyakit Hernia.
3. Melegakan kesakitan di bahagian paru-paru.
4. mengurangkan kesakitan di bahagian Pelvis, Apendiks atau Limpa.
5. Sebagai senaman untuk bahu, dada, leher, perut dan punggung. - menjadikan lebih kuat di samping melancarkan perjalanan darah.
6. Menguatkan saluran peranakan bagi wanita mengandung serta memudahkan menjalani proses bersalin. Manakala bagi ibu yang menyusu, sujud dapat menguatkan otot dalam melancarkan proses pengaliran susu.
7. Kedudukan sujud paling baik untuk melancarkan perjalanan darah ke otak yang boleh mengelakkan rasa pening dan migran.

Rajin-rajin bersujud terutamanya waktu malam, selamat beramal.

Wednesday, April 11, 2012

PAYUNG NEGARA - YANG DI-PERTUAN AGUNG

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan dengan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara. Baginda dipilih memegang tampuk pemerintahan negara selama tempoh lima tahun secara bergilir-gilir oleh Majlis Raja-raja mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Malaysia. Untuk dipilih, baginda mestilah menjadi Sultan yang memerintah sebuah daripada sembilan negeri Persekutuan iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Tahun 2012 telah mencatat sejarah kerana pada 11 April, Pertabalan SPB ke-14 merupakan kali kedua bagi Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah dilantik YDPA Malaysia.
Senarai Yang di-Pertuan Agong sejak 1957:
Yang Dipertuan Agong Pertama Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Yang Dipertuan Agong Pertama – Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

Negeri: Negeri Sembilan.  
Tempoh: 3 Ogos 1957 – 1 April 1960

Yang Dipertuan Agong Kedua Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah

Negeri: Selangor 
  Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960

Yang Dipertuan Agong Ketiga Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 – 20 September 1965

Yang Dipertuan Agong Keempat Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 – 20 September 1970

Yang Dipertuan Agong Kelima.pg  Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 – 20 September 1975

Yang Dipertuan Agong Keenam Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 – 30 Mac 1979

Yang Dipertuan Agong Ketujuh Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 – 25 April 1984

Yang Dipertuan Agong Kelapan Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 – 26 April 1989

Yang Dipertuan Agong Kesembilan Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 – 25 April 1994

Yang Dipertuan Agong Kesepuluh Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 – 25 April 1999

Yang Dipertuan Agong Kesebelas Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj

Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 – 21 November 2001

Yang Dipertuan Agong Keduabelas Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Dec 2001 – 12 Dec 2006

Yang Dipertuan Agong Ketigabelas Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah Negeri: Terengganu Tempoh: 12 Dec 2006 – 12 Dec 2011
Gambar Yang di Pertuan Agong ke 14 Sultan Abdul Halim Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, 
 berkuatkuasa 13 Dis 2011......
ditabalkan pada 11 April 2012.
DAULAT TUANKU....