Hanya dipenjara seumur hidup. Itulah hukuman yang dikenakan kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Pemerentah pro tentera ini mengamalkan pemerintahan kuku besi yang menyebabkan rakyat Mesir memberontak. Mesir juga sebahagian dari bumi anbiya dan tempat lahirnya ilmuan Islam hingga kini. Apakah halatuju institusi pendidikan di sana akibat dari porak peranda rakyat Mesir.
Tanggal 2 Jun 2012 bermula era baru presiden ini di tirai besi sebagai banduan kerana sabitan membunuh rakyat dalam peristiwa Revolusi Arab di Dataran Tahrir tahun lalu. Pemerintah diktator Mesir ini telah ditempatkan di Penjara Torah akibat mengarahkan pembunuhan lebih 900 penunjuk perasaan.
Namun beliau terlepas dari hukuman mati seperi dikehendaki rakyat Mesir. Tidak seperti Saddam Hussein dan Muammar Gadaffi.
Apakah maksud hukuman seumur hidup tersebut? Masih berpeluang diktator ini bebas dan berkuasa semula. Sekarang umurnya 84 tahun, bermakna ia ditempatkan dalam tahanan selama 84 tahun lagi, tapi kemungkinan untuk bebas tetap ada.
Mesir telah dicengkam pemerintahan rejim tentera sejak 1953 lagi, bermula Muhammad Naguib ( 1953-1954), Gamal Abdel Nasser (1954-1970), Anwar Sadat (1970-1981) dan Hosni Mubarak (1981-2012). Apakah selepas ini delegasi tentera terus mencengkam rakyat Mesir?
Bersyukur kita berada di Malaysia yang masih lagi aman. Kejatuhan rejim Hosni di Mesir umpama cermin bahawa keadilan politik, ekonomi dan sosial tidak ditegakkan untuk sekian lama yang membawa kepada trcetusnya kebangkitan. Apakah nasib Mesir selepas ini? Bagaimana pula dengan tempat-tempat sejarah Islam dan institusi pendidikan yang rata-ratanya menjadi pilihan pelajar Malaysia?
No comments:
Post a Comment