Thursday, June 7, 2012

EURO 2012


Demam BOLA kembali. Kini kejohanan bola sepak negara-negara Eropah. Bermula 8 Jun, 16 pasukan akan bersaing untuk meletakkan negara sebagai kuasa bola Eropah. Edisi ke-14 ini akan berlangsung di Poland dan Ukraine.

Untuk maklumat bersama, kejohanan ini dicetuskan oleh Henri Delaunay seorang warga Perancis pada 1958. Nama beliau sebaris dengan Pierre de Coubertin (pengasas Sukan Olimpik) dan Jules Rimet (Piala Dunia). Edisi 2012 disertai oleh:
Kumpulan A - Poland, Greece, Rusia dan Rep Czech.
Kumpulan B - Belanda, Denmark, Jerman dan Portugal.
Kumpulan C - Sepanyol, Itali, Ireland dan Croatia.
Kumpulan D - Ukraine, Sweden, Perancis dan England.
Sepak mula akan menemukan tuan rumah Poland menentang Greece di Stadium Nasional Warsaw. Manakala final Euro 2012 pada 2 Julai di Stadium Olimpik, Kiev, Ukraine.

Jadual EURO 2012 Klik je....

Pandangan penulis, sebagai peminat bola sepak, kumpulan B boleh dikatan kumpulan maut berbanding kumpulan lain. Dalam setiap kejohanan pasti akan muncul bintang yang menyinar. Adakah bintang tersebut pemain yang sudah mencipta nama dalam kancah bola sepak seperti Cristiano Ronaldo, Wyne Rooney, Mesut Ozil, Robin Van Persie, Andres iniesta atau Karim Benzema. Tunggu sahaja..
Maskot EURO 2012
Sejak ia diperkenalkan, penulis sertakan pasukan yang tertulis pada piala yang menjadi rebutan 16 pasukan Eropah itu: Bermula 1960 hingga 2008. 1960 (USSR), 1964 (Sepanyol), 1968 (Itali), 1972 (Jerman Barat), 1976 (Czechoslovakia), 1980 (Jerman Barat), 1984 (Perancis), 1988 (Belanda), 1992 (Denmark), 1996 (Jerman), 2000 (Perancis), 2004 (Greece) dan Sepanyol pada 2008. 2012, adakah juara baru akan terpahat pada piala tersebut. Bolehkah Sepanyol mengekalkannya bagi mencipta sejarah baru Euro. Sebelum ini tiada pasukan yang dapat mempertahannya. Kita semua tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment