Sakit perut berguling-guling. Nak buang air tak keluar, nak muntah tak keluar. Sakit perut memulas-mulas, badan berpeluh-peluh, serba serbi tak kena. Itu tanda batu karang mula menyerang. Pergi klinik dapatkan rawatan, untuk hilangkan sakit dengan cepat terus dapatkan suntikan penahan sakit. Pengalaman ini penulis ingin kongsi bersama. Menurut doktor lagi, kalau tekan perut sikit terus rasa sakit, itu apendiks. Kadang-kadang doktor akan tumbuk perlahan pinggang untuk memastikan penyakit batu karang.
Batu Karang adalah satu masalah yang kerap ditemui kepada setiap seorang daripada 10 orang. Kejadian kerap berlaku kepada golongan berusia 30 hingga 50 tahun.Majoritiny adalah lelaki. Antara punca lelaki senang terkena batu karang kerana gaya hidup yang tanpa disedari mengganggu sistem buah pinggang.
Gaya hidup yang senang untuk obes dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang antara puncanya. Kurang minum air kosong juga menyebabkan berlaku penghidratan. Kurang bersenam juga salah satu penyebabnya. Kerosakan pada tisu otot setiap hari menyebabkan penambahan pembuangan metabolisme dan kecenderungan pembentukan batu. Saluran urin yang kompleks berbanding wanita juga puncanya.
Risiko lain antaranya sejarah keluarga yang menghidap masalah sama hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan, masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin dan cuaca panas. Banyak duduk juga penyebabnya kerana tulang akan banyak mengeluarkan kalsium ke dalam darah.
Punca Batu Karang
Air kencing menjadi tepu dengan garam seperti kalsium oksalat, struvite (magnesium fostat ammonia) dan asid urik lalu membentuk kristal halus. Dalam bahasa mudahnya individu yang selalu menahan kencing sering menjadi penyebabnya. Pemakanan juga mempengaruhi juga seperti cenderung kepada makanan yang masin.
Pencegahan dan Rawatan
Ubah gaya hidup. Kemudian jalani 3 ujian iaitu ujian air kencing, darah dan pemeriksaan tekanan darah tinggi bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal. Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, digalakkan minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing dan elakkan minuman manis terutama air berkarbonat.
Kekurangan Vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, kubis bunga dan pisang boleh mengatasi masalah ini. Elakkan makanan yang kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat tetapi ganti dengan banyak makan sayur dan buah-buahan kaya serat.Sumber protien haiwan mesti dikurangkan dan digantikan dengan protien tumbuh-tumbuhan.
Rawatan sendiri
Nanas penawar penyakit batu karang. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan,
terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nenas
merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan
haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing
dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi
penyakit batu karang. Amalan meminum jus nenas terbukti berkesan untuk
mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.
Selain itu untuk meredakan sakit batu karang ialah minum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula. Perah sebiji limau nipis tua ke dalam secawan air dan minum sukatan yang sama tiga hingga lima kali sehari. Untuk menyahkan batu karang, boleh dicampurkan dengan minyak zaitun. Caranya, ambil sesudu besar air perahan limau nipis dan sesudu besar minyak zaitun dengan 4 cawan air. Insya Allah batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas itu.
Sekiranya tempat anda ada buah 'katak puru' atau 'nam-nam' boleh juga dijadikan penawarnya. Ada juga orang tua berpesan dengan minum jus lobak puti dapat mengatasi masalah batu karang ini. Namun begitu pencegahannya lebih penting. Jadi elakkan makanan laut terutamanya yang bercengkerang seperti ketam, kerang, lala, udang dan sotong. Semuanya datang dari laut dan batu karang juga tempatnya di laut, jadi jangan biarkan ia membesar dalam perut kita.

No comments:
Post a Comment