Sunday, July 8, 2012

HARI PENEROKA 2012

07 Julai 2012, berduyun-duyun peneroka felda seluruh negara menuju ke Platinum Park, Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Peneroka 2012. Sambutan kali ini berbeza dengan sebelumnya kerana diadakan kawasan segi tiga emas KL. Sebelum ini salah satu rancangan akan dipilih untuk dijadikan tuan rumah. Apakah kejutan Felda kali ini? 
Hadir merasmikan sambutan tersebut tak lain tak bukan PM kita, Y.A.B. Datuk Sri Najib Tun Razak. Sambutan yang bermula jam 8.30 malam itu sebenarnya serentak dengan perasmian Menara Felda. Menara setinggi 50 tingkat yang beharga RM700juta yang diilhamkan daripada bentuk biji sawit.
Nah, satu lagi mercu kejayaan Felda selepas penyenaraian FGVH di bursa saham. Menara tersebut sudah mencatat keuntungan kerana nilaian terkini RM 965 juta. Keuntungan sebanyak RM 265 juta. Itulah tranformasi Felda yang berasal dari Lurah Bilut dan selepas 56 tahun nama FELDA terkenal seantero dunia. Keuntungan dijangka lebih lagi apabila menara tersebut memulakan operasinya dan FGVH berada di tempat kedua bursa saham dunia. Peneroka serta generasi felda akan menikmati keberuntungan tersebut. Teruskan kegemilangan Felda demi untuk rakyat.
Sebagai anak peneroka dan generasi kedua Felda, penulis bangga menjadi anak felda dan dari hasil felda penulis hidup bahagia dengan kerjaya sekarang yang juga menyumbang kepada perkembangan negara walaupun tidak berkhidmat dengan felda. Alhamdulillah, bersyukurlah. Ingat kita berada sekarang dari hasil felda. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.




No comments:

Post a Comment