Minggu terakhir Ramadhan pelbagai perkara yang hendak dilakukan, shopping, tukar langsir, buat kuih, kemas rumah dan macam-macam lagi. Bagi penulis seminggu sebelum raya, terpaksalah kemas rumah. Apa yang hendak dikongsi bersama mengenai surat khabar yang dikumpul lebih kurang 6 atau 7 tahun terpaksa dibereskan agar tidak menyempitkan ruang rumah. Itupun tak tahan dengar leteran 'someone' yang paling penting dalam hidup ini. Tak ada 'someone' tak ketentuan hidup. Itulah pentingnya seorang isteri. Leteran itu untuk kebaikkan semua.
Sudut simpanan surat khabar lama 'old paper'
Jadi, hari minggu pergilah jual surat khabar lama, trip pertama dapatlah 139kg dan dibeli dengan harga 25sen je. Kemudian suruh pembeli barangan kitar semula datang ambil kat rumah. Kali ini berat surat khabar mencecah sampai 309kg. Bila datang rumah dia ambil 20sen/kg. 20 sen kira oklah sebab tak perlu nak angkut berulang-alik dengan WJY 9665. Selain itu semua barangan plastik turut dijual. Taklah banyak sangat dalam 4kg je. Plastik dijual dengan 70sen sekg.
Old paper seberat 139kg dalam WJY 9665
Old paper dalam lori.Bye, bye...
Akhir sekali buku-buku, surat-surat, handout sekolah yang tahun 2008 ke bawah turut dijual. Ada juga handout 2009, maaflah kalau hendak guna lagi. namun masih ada lagi segelintirnya dalam simpanan.
Sepatutnya benda tu semua boleh di 'recycle' tapi nak buat macam mana, kekangan masa, baik jual sahaja. Dapat juga duit bolehlah beli juadah berbuka puasa. Bagi mereka yang boleh me'recycle' lagi banyak dapat duit agaknya. Sebabnya tabung kuih dijual di pasar raya dengan harga 79sen sebiji. Kalau jual berapa biji nak cukupkan sekg, baru dapat 70sen.
Inilah 'koleksi menyemak' kediaman, penuh 1 lori, hasilnya lbh kurang RM 100.
Akhirnya, sedih juga rasanya hasil koleksi surat khabar lama selama 6 @ 7 tahun bermula 2002 hingga kini, surat khabar dibeli dengan harga RM1.50 sehari. 6 tahun ada lebih kurang 2190 hari X RM1.50 maka lebih kurang RM 3 285 secara kasarnya. Itu belum kira lagi hari Sabtu dan Ahad. Kalau Sabtu dan Ahad paling kurangpun 3 jenis akhbar dibeli.
Apa-apapun terima kasih diucapkan kepada Berita Harian, Harian Metro, Kosmo dan Sinar kerana menjadi akhbar pilihan serta telah memberi banyak informasi. Kini bermula semula pengumpulan akhbar musim kedua, tak tahulah sampai bila... Sekiranya ada sesiapa yang nak booking dengan harga yang tinggi sedikit bolehlah masuk tender. Sekian, Hargailah alam sekitar, Jagalah kebersihan, Kebersihan sebahagian dari Iman. Bersih dah dapat pahala. Jadi sentiasalah bersih. Fikir dulu sebelum bertindak. Sayangilah alam sekitar.
bagus2 ustz. teruskan usaha menghijaukan bumi. go green!
ReplyDeleteteruskan usaha utk mengumpul surat kabar.
ReplyDeletekpd isterinye jgnlah pot pet pot pet 24 jam.