Sunday, September 6, 2009

NUZUL AL-QURAN

IQRA! Aku tak tahu membacanya. Ungkapan tersebut diulang tiga kali sehinggakan Jibril membaca ayat 1-5 surah al-Alaq, disusuli oleh bacaan Nabi Muhammad saw. Peristiwa tersebut berlaku pada 17 Ramadhan ketika baginda berusia 41 tahun. Peristiwa itu berlaku 1413 tahun yang lalu di Gua Hira'.
Impaknya hari ini kita mencari malam laitatul Qadar sempena turunnya al-Quran. Allah berfirman maksudnya: Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran. ( Surah al-Baqarah, 2:185 ). Firman Allah lagi; Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam Laitatul Qadar. ( Surah al-Qadr, 97: 1 ).
Ulama telah berselisih pendapat mengenai proses penurunannya secara beransur-ansur. Allah tidak menurunkan sekaligus kepada Rasulullah.
Bermula dari peristiwa di Gua Hira' itu, dunia telah bersinar dengan cahaya iman dan Islam. Manusia sebelumnya menurut hawa nafsu telah menyembah Allah. Kandungan al-Quran jelas menerangkan kepada umat manusia mengenai peristiwa lampau ( sirah ), semasa dan juga akan datang. Semuanya termaktub dalam al-Quran. Sebagai seorang Islam wajar bagi kita mengkaji isi-isi al-Quran yang menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Inilah pusaka yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad kepada seluruh umat manusia.
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah bahawa al-Quran itu merupakan:
1. Tiada keraguan : Kitab ini tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa)...( Surah al-Baqarah, 2:2 )
2. Petunjuk : Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang betul, dan memberikan berita yang mengembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal soleh... ( Surah al-Isra' , 17 : 9 ).
3. Penawar : Dan kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya....( Surah al-Isra', 17: 82 ).
Jesteru itu, ambillah kesempatan yang ada ini untuk menjejak Lailatul Qadar. Akan datang belum tentu lagi berjumpa dengan Ramadhan  ....

No comments:

Post a Comment