Thursday, September 10, 2009

RM 500

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa yang cuma tinggal beberapa hari lagi menjelang Aidilfitri. Dalam kesibukkan menjalani ibadah dan tugas PM mengumumkan akan memberi bantuan kepada kira-kira 860 000 orang penjawat awam kumpulan sokongan.( tidak termasuk DG41 atau pekerja dalam latihan ). Bantuan tersebut menggantikan BONUS. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM430 juta untuk bantuan kewangan itu.  Bayaran sebanyak RM250 akan diberikan sebelum raya dan bolehlah buat isi minyak balik kampung. Bakinya pula akan dibayar pada Disember untuk bantuan persekolahan anak-anak.
Jika dibandingkan dengan sebelum ini dan dilihat pada nilai tersebut, apa yang boleh dibuat sangat, sekelip mata je dah habis. Namun kita patut bersyukur dan berterima kasih dengan pemberian tersebut. Ini lebih baik dari tak dapat langsung.
Cuba kita kaji dan fikir sejenak, dalam keadaan negara yang mengalami banyak krisis terutamanya penularan wabak H1N1 ini, berapa banyak kerajaan menghabiskan duit untuk calon UPSR, agihkan topeng percuma sebanyak 3 topeng untuk setiap murid, belum lagi peperiksaan PMR, SPM dan sebagainya nanti. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Kalau tak bersyukur tuhan akan tarik balik rezeki. Kalau hendak lebih usahalah sendiri sebagaimana contoh yang dilakukan oleh beberapa sahabat mengambil kesempatan Ramadhan dengan berniaga ( menujual air umpamanya ).
Golongan yang duduk di kampung yang bekerja sendiri, buruh kontraktor, petani dan yang tak kerja langsung, apa yang mereka dapat?
Tetapi setakat penulis bekerja dengan kerajaan, inilah jumlah paling kecil diterima berbanding sebelum ini. Namun kena bersyukur. Sememangnya sudah lumrah manusia bagi seribu nak banyak lagi, bagi sebulan dan dua bulan, Bersyukurlah dengan apa yang ada. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Gunakanlah duit dengan bijak terutamanya di musim perayaan. Penulis akan kekalkan nilai duit raya kepada anak-anak buah, yang dah kerja tak perlu bagi kot.....

No comments:

Post a Comment