Monday, September 7, 2009

09 09 09

Apa ada pada nombor? Namun bagi setiap individu ada tafsiran tersendiri. Nombor atau angka memberi tafsiran yang berbeza. Setiap nombor juga berbeza antara satu sama lain dari 0-9. Nombor tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan manusia. Jam, kad pengenalan, umur, telefon, kenderaan, duit, dan banyak lagi kehidupan yang berkait dengan nombor termasuklah nombor ramalan.
Nombor cantiklah, nombor bertuahlah, dapat nombor berape dan macam-macam lagi nombor. Tahun ni bagi penulis nombor 090909 ada yang tersirat. Pada hari tersebut ada yang  lahir, melangsungkan perkahwin dan pelbagai lagi supaya senang memperingatinya.
Bagi penulis, tarikh tersebut telah diwartakan oleh Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) mengadakan program ikrar mematuhi garis panduan serta keselamatan yang ditetapkan atau Malaysians Unite for Road Safety (MUFORS). Individu boleh menyertai program tersebut dengan melusuri http://www.090909.org.my/.
Kempen tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan. Kemalangan jalan raya merupakan penyumbang utama angka kematian negara sekarang. Rakyat Malaysia mati di jalan berbeza dengan rakyat Palestin mati kerana peluru.
Apa-apa kempen pun bagus kerana ia salah satu usaha kerajaan. Namun yang pentingnya ialah sikap pemandu sendiri. Seseorang akan berubah watak apabila memandu.Tak kira profesion, peguam, doktor, jurutera. guru dan lain-lain lagi bila memandu ada je yang tak puas hati dengan orang lain. Itulah sikap. Penulis sendiripun pernah juga nak marah kepada pemandu lain terutamanya yang potong barisan ikut kiri pulak tu, kemudian selit depan kita. Dia ingat dia je nak cepat, jalan ni mak bapak dia punya... Lain kali kalau nak cepat keluarlah awal.
Sebenarnya di Malaysia ada 3 faktor penyumbang kepada kemalangan iaitu persekitaran, sikap pemandu dan faktor kenderaan.
Sempena musim perayaan ni janganlah kita menjadi salah seorang dari peningkatan statistik kemalangan. Bermacam operasi akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa nanti, jadi patuhi segala peraturan jalan raya yang ditetapkan. Namun begitu sekiranya kita je yang ikut peraturan yang lain tidak, kemalangan tetap berlaku. Kecuaian pemandu lain juga menyumbang kepada kemalangan.Orang lain makan nangka lain kena getahnya. Tapi sudah sudah ajal namanya. Ajal maut semua tu di tangan tuhan. Oleh itu kesedaran setiap individu akan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Kelajuan di lebuh raya sepatutnya dinaikkan hadnya. Bagi penulis pemandu laju lebih berhati-hati dari memandu dalam 70km/j. Bila memandu dalam keadaan perlahan ia boleh menyebab pemandu mengantuk dan 'boring'.
Satu lagi sikap rakyat negara kita yang amat kreatif. Bila beli kereta, semuanya nak diubahsuai. Nak tukar enjin, 'lowed', pasang turbo, dan macam-macam lagi. Klasifikasi kenderaan terutamanya enjin sudah sesuai dengan kereta. Penguatkuasaan dalam perkara macam ni perlu ditingkatkan. Tahap 'body' kereta tak sesuai dengan enjin. Badan kecil tapi enjin turbo. Ukur baju di badan sendiri, Hayatilah pepatah bayang-bayang tidak sepanjang badan.
Di sini ada beberapa paparan gambar kemalangan yang dipetik dari fail polis.
Agar timbul keinsafan selepas ni dan buat selama-lamanya. Bayangkan gambar anda dipaparkan, apakah perasaan orang tersayang. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.
Ingatlah orang tersayang. HATI-HATI DI MANA-MANA TEMPAT BUKAN JALAN RAYA JE.....

No comments:

Post a Comment