Sunday, June 10, 2012

Penyakit Batu Karang

Sakit perut berguling-guling. Nak buang air tak keluar, nak muntah tak keluar. Sakit perut memulas-mulas, badan berpeluh-peluh, serba serbi tak kena. Itu tanda batu karang mula menyerang. Pergi klinik dapatkan rawatan, untuk hilangkan sakit dengan cepat terus dapatkan suntikan penahan sakit. Pengalaman ini penulis ingin kongsi bersama. Menurut doktor lagi, kalau tekan perut sikit terus rasa sakit, itu apendiks. Kadang-kadang doktor akan tumbuk perlahan pinggang untuk memastikan penyakit batu karang.
       Batu Karang adalah satu masalah yang kerap ditemui kepada setiap seorang daripada 10 orang. Kejadian kerap berlaku kepada golongan berusia 30 hingga 50 tahun.Majoritiny adalah lelaki. Antara punca lelaki senang terkena batu karang kerana gaya hidup yang tanpa disedari mengganggu sistem buah pinggang.
       Gaya hidup yang senang untuk obes dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang antara puncanya. Kurang minum air kosong juga menyebabkan berlaku penghidratan. Kurang bersenam juga salah satu penyebabnya. Kerosakan pada tisu otot setiap hari menyebabkan penambahan pembuangan metabolisme dan kecenderungan pembentukan batu. Saluran urin yang kompleks berbanding wanita juga puncanya.
       Risiko lain antaranya sejarah keluarga yang menghidap masalah sama hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan, masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin dan cuaca panas. Banyak duduk juga penyebabnya kerana tulang akan banyak mengeluarkan kalsium  ke dalam darah.

Punca Batu Karang
Air kencing menjadi tepu dengan garam seperti kalsium oksalat, struvite (magnesium fostat ammonia) dan asid urik lalu membentuk kristal halus. Dalam bahasa mudahnya individu yang selalu menahan kencing sering menjadi penyebabnya. Pemakanan juga mempengaruhi juga seperti cenderung kepada makanan yang masin.

Pencegahan dan Rawatan
Ubah gaya hidup. Kemudian jalani 3 ujian iaitu ujian air kencing, darah dan pemeriksaan tekanan darah tinggi bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal. Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, digalakkan minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing dan elakkan minuman manis terutama air berkarbonat.
       Kekurangan Vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, kubis bunga dan pisang boleh mengatasi masalah ini. Elakkan makanan yang kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat tetapi ganti dengan banyak makan sayur dan buah-buahan kaya serat.Sumber protien haiwan mesti dikurangkan dan digantikan dengan protien tumbuh-tumbuhan.

Rawatan sendiri
       Nanas penawar penyakit batu karang. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nenas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nenas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.
       Selain itu untuk meredakan sakit batu karang ialah minum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula. Perah sebiji limau nipis tua ke dalam secawan air dan minum sukatan yang sama tiga hingga lima kali sehari. Untuk menyahkan batu karang, boleh dicampurkan dengan minyak zaitun. Caranya, ambil sesudu besar air perahan limau nipis dan sesudu besar minyak zaitun dengan 4 cawan air. Insya Allah batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas itu. 
       Sekiranya tempat anda ada buah 'katak puru' atau 'nam-nam' boleh juga dijadikan penawarnya. Ada juga orang tua berpesan dengan minum jus lobak puti dapat mengatasi masalah batu karang ini. Namun begitu pencegahannya lebih penting. Jadi elakkan makanan laut terutamanya yang bercengkerang seperti ketam, kerang, lala, udang dan sotong. Semuanya datang dari laut dan batu karang juga tempatnya di laut, jadi jangan biarkan ia membesar dalam perut kita.

Thursday, June 7, 2012

EURO 2012


Demam BOLA kembali. Kini kejohanan bola sepak negara-negara Eropah. Bermula 8 Jun, 16 pasukan akan bersaing untuk meletakkan negara sebagai kuasa bola Eropah. Edisi ke-14 ini akan berlangsung di Poland dan Ukraine.

Untuk maklumat bersama, kejohanan ini dicetuskan oleh Henri Delaunay seorang warga Perancis pada 1958. Nama beliau sebaris dengan Pierre de Coubertin (pengasas Sukan Olimpik) dan Jules Rimet (Piala Dunia). Edisi 2012 disertai oleh:
Kumpulan A - Poland, Greece, Rusia dan Rep Czech.
Kumpulan B - Belanda, Denmark, Jerman dan Portugal.
Kumpulan C - Sepanyol, Itali, Ireland dan Croatia.
Kumpulan D - Ukraine, Sweden, Perancis dan England.
Sepak mula akan menemukan tuan rumah Poland menentang Greece di Stadium Nasional Warsaw. Manakala final Euro 2012 pada 2 Julai di Stadium Olimpik, Kiev, Ukraine.

Jadual EURO 2012 Klik je....

Pandangan penulis, sebagai peminat bola sepak, kumpulan B boleh dikatan kumpulan maut berbanding kumpulan lain. Dalam setiap kejohanan pasti akan muncul bintang yang menyinar. Adakah bintang tersebut pemain yang sudah mencipta nama dalam kancah bola sepak seperti Cristiano Ronaldo, Wyne Rooney, Mesut Ozil, Robin Van Persie, Andres iniesta atau Karim Benzema. Tunggu sahaja..
Maskot EURO 2012
Sejak ia diperkenalkan, penulis sertakan pasukan yang tertulis pada piala yang menjadi rebutan 16 pasukan Eropah itu: Bermula 1960 hingga 2008. 1960 (USSR), 1964 (Sepanyol), 1968 (Itali), 1972 (Jerman Barat), 1976 (Czechoslovakia), 1980 (Jerman Barat), 1984 (Perancis), 1988 (Belanda), 1992 (Denmark), 1996 (Jerman), 2000 (Perancis), 2004 (Greece) dan Sepanyol pada 2008. 2012, adakah juara baru akan terpahat pada piala tersebut. Bolehkah Sepanyol mengekalkannya bagi mencipta sejarah baru Euro. Sebelum ini tiada pasukan yang dapat mempertahannya. Kita semua tunggu dan lihat.

HOSNI MUBARAK DIPENJARA SEUMUR HIDUP

Hanya dipenjara seumur hidup. Itulah hukuman yang dikenakan kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Pemerentah pro tentera ini mengamalkan pemerintahan kuku besi yang menyebabkan rakyat Mesir memberontak. Mesir juga sebahagian dari bumi anbiya dan tempat lahirnya ilmuan Islam hingga kini. Apakah halatuju institusi pendidikan di sana akibat dari porak peranda rakyat Mesir.
Tanggal 2 Jun 2012 bermula era baru presiden ini di tirai besi sebagai banduan kerana sabitan membunuh rakyat dalam peristiwa Revolusi Arab di Dataran Tahrir tahun lalu. Pemerintah diktator Mesir ini telah ditempatkan di Penjara Torah akibat mengarahkan pembunuhan lebih 900 penunjuk perasaan.
Namun beliau terlepas dari hukuman mati seperi dikehendaki rakyat Mesir. Tidak seperti Saddam Hussein dan Muammar Gadaffi. 
          Apakah maksud hukuman seumur hidup tersebut? Masih berpeluang diktator ini bebas dan berkuasa semula. Sekarang umurnya 84 tahun, bermakna ia ditempatkan dalam tahanan selama 84 tahun lagi, tapi kemungkinan untuk bebas tetap ada.
           Mesir telah dicengkam pemerintahan rejim tentera sejak 1953 lagi, bermula Muhammad Naguib ( 1953-1954), Gamal Abdel Nasser (1954-1970), Anwar Sadat (1970-1981) dan Hosni Mubarak (1981-2012). Apakah selepas ini delegasi tentera terus mencengkam rakyat Mesir?
Bersyukur kita berada di Malaysia yang masih lagi aman. Kejatuhan rejim Hosni di Mesir umpama cermin bahawa keadilan politik, ekonomi dan sosial tidak ditegakkan untuk sekian lama yang membawa kepada trcetusnya kebangkitan. Apakah nasib Mesir selepas ini? Bagaimana pula dengan tempat-tempat sejarah Islam dan institusi pendidikan yang rata-ratanya menjadi pilihan pelajar Malaysia?