Friday, June 13, 2014

WORLD CUP 2014

Setelah empat tahun kini menjelma pula. Sukan yang dinantikan oleh semua penduduk dunia. Seluruh dunia amat tertumpu kepadanya. Pada 2014 Piala Dunia diadakan di Brazil. Brazil yang terkenal dengan lagendanya Pele, Zico, Roberto Carlos, Ronaldo dan banyak lagi pemain Samba Brazil.
Sebanyak 32 negara yang terpilih berdasarkan pusingan kelayakan berhak bermain di pentas World Cup. Negara ini telah dipecahkan kepada 8 kumpulan dan setiap satu kumpulan mempunyai 4 pasukan. Dua pasukan dari setiap kumpulan layak ke pusingan kedua. Selama sebulan peminat bola sepak akan bercerita tentang bola di mana saja berada baik pejabat, kedai mamak, whatsApp dan lain-lain lagi. 
Bagi penulis, ini adalah Piala Dunia yang ke 10 dalam hidup. Beberapa edisi terdahulu yang masih berlegar dalam fikiran penulis akan dikongsi bersama.... Hanya beberapa edisi sahaja sempat diimbas kembali. Edisi 1974 dan 1978 tidak tahu langsung sebab baru lahir dan masih kecil... Bermula edisi 1982 barulah penulis berjinak dengan World Cup ini. Pemain ketika itu yang popular antaranya Bryan Robsan (England), Poalo Rossi (Italy) dan banyak lagi. Kemudian lahir pula Micheal Platini, Diego Maradona yang terkenal dengan 'Tangan Tuhan'. Roberto Baggio, David Beckham, Zinade Zidane, Ronaldo....
Negara-negara yang sinonim dengan Piala Dunia ini ialah Brazil, Italy, England, Germany, Argentina dan Perancis....Menunggu 'kick-Off' atau sepak mula perlawanan pembukaan World Cup 2014 antara Brazil dan Croatia macam-macam spekulasi dan ramalan serta keinginan peminat. Siapa yang akan menjaringkan gol dahulu, yang mendapat kad dulu, jaringan terpantas, sepakan sudut pertama lah dan macam-macam kehendak peminat. 
Sepanjang edisi world cup ini pelbagai nama bola telah digunakan. Edisi ini bola rasmi yang dikeluarkan oleh Adidas ialah Brazuca. Untuk mengetahui jenis-jenis bola boleh klik
Hadiah yang ditawarkan oleh Fifa juga amat lumayan kerana pasukan yang beraksi di World Cup ini telah mendapat duit contohnya jika pasukan itu hanya bermain untuk peringkat kumpulan sahaja dan tidak layak ke pusingan seterusnya sebanyak RM 25.8 juta tambahan RM 4.8 juta sebagai persediaan pasukan. Lumayan bukan? Belum lagi yang masuk semi final atau Final. Pusingan kedua (16 terbaik) RM 29 juta. Suku akhir RM 45.1 juta. Keempat RM 64.5 juta, ketiga RM 71 juta, Naib Johan RM 80.6 juta manakala Juara Dunia akan menggondol USD 35 juta ( RM 113 juta )...
Siapakah bakal dinobatkan 'Man of The Match' setiap perlawanan, Penjaga  Gol Terbaik, Pemain terbaik, Penjaring Terbanyak dan Pasukan Fair Play dan macam-macam lagi lah.
Dulu pelbagai kerenah dan aksi bila munculnya Piala Dunia. Antara yang popular ialah jersey pasukan yang bertanding. Tidak kurang juga dengan judi bola sepak dan ramalan. Sebelum ini peminat memberi tumpuan kepada sotong Paul yang sentiasa meramal dengan tepat keputusan perlawanan. tahun ini ada yang menggunakan penyu, gajah, daun terup dan macam-macam...
Siapakah yang bakal menonjol pada edisi kali ini, Ronaldo, Messi, Neymar, Ozil, Suarez, Balotelli, Cahill dan ramai lagi.
Bagi penulis, bila sebut World Cup... beberapa perkara yang berlegar dalam kepala antaranya Jaringan tangan oleh Dieogo Maradona, Roberto Baggio gagal menjaringkan sepakan penalti, Sotong Paul sebagai nujum, Hakam Sukur dengan jaringan terpantasnya dan barangan koleksi World Cup.
Pada edisi kali ini penulis memilih pasukan Germany sebagai pilihan Juara walaupun penulis sentiasa meminati pasukan Azzuri (Italy). Namun pasukan lain tidak boleh dipandang mudah. Mana tahu berlaku kejutan besar dalam edisi ini Negara Asia pula menjuarainya. Mana tahu. MALAYSIA bila lagi.....Preeeettttt.

No comments:

Post a Comment