Thursday, June 5, 2014

PENYAKIT KUNING

Alhamdulillah...syukur masih diberi ruang untuk bertemu di ruang maya. Kesibukan dan kekangan masa laman ini agak sepi sedikit. Penulis tergerak untuk berkongsi tentang Penyakit Kuning kepada bayi yang baru lahir kerana ia berlaku kepada anak penulis yang baru lahir....Ingat Allah tidak akan uji umatnya jika umatnya tidak mampu menanggungnya. Disebalik sesuatu ada hikmahnya.
       Penyakit Kuning sering menyerang bayi yang baru lahir. Dalam tempoh seminggu kelahiran perhatikan pada muka, perut dan mata bayi. Senang je mata bayi kuning maka baru diserang penyakit kuning. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai JAUNDIS. Apa itu Jaundis.
       Jaundis adalah suatu keadaan di mana mata dan kulit bewarna kuning. Kenapa? Terjadinya kerana sel darah merah terurai menghasilkan partikel atau Bilirubin. Bilirubin merupakan sejenis kimia yang hadir dalam darah ditapis oleh hati dan dibuang melalui najis.Akibatnya kencing menjadi kuning dan ada juga dibuang melalui najis. Bilirubin yang tinggi akan merosakkan otak dan saraf. Juga boleh membawa kepada maut jika ia terlalu tinggi.

Tanda-tanda penyakit kuning ( Jaundis )
-Kuning bermula dalam masa 24 jam selepas kelahiran
- Perut bayi juga kekuningan. Selepas ditekan perut.
- Bayi enggan menyusu dan kerap menangis
-Kuning berpanjangan lebih dari dua minggu
- Demam sawan ( tarik ) dan badan kejang
- Najis seperti Tanah Liat
- Kurang aktif

Apa perlu Buat:
Dapatkan rawatan di hospital berdekatan. - terapy lampu ( phototherapy ) atau penggantian darah jika kuning tahap berbahaya (Exchange Tranfusion )
Susu ibu amat berkesan untuk menurunkan kadar kuning bayi dan teruskan penyusuan.
Elakkan memberi ubatan tradisional secara minuman atau mandian.
Jangan jemur di bawah cahaya matahari kerana kulit bayi amat nipis. Tambahan pula lapisan ozon sekarang mengandungi pencemaran.
Namun begitu kita masih boleh berusaha, antaranya:
- Ibu perlu banyak makan kurma dan madu. Makan sunnah ini akan membantu menghasilkan susu terbaik dan disalurkan kepada bayi.
- Titiskan sedikit susu kambing segar. Susu kambing tidak boleh diberi banyak kepada bayi.
- Buat urutan lembut di kening bayi sambil berselawat dan bertasbih...
- Banyakkan doa kepada Allah.

Sebab-sebab Jaundis ( Kuning ): ( Banyak istilah perubatan )
- ABO 'incompatibilities'
- Rhesus 'Incompatiblities'
- Infeksi bakteria atau viral
-'G6PD deficiency' (enzim darah rendah)
- Hypothyrodism
- Bayi pramatang
- Cephalhaematoma

Kesan Kuning (Jaundis)
- Bahagian otak bayi yang rosak akan mengakibatkan kecacatan akal
-Menjejaskan pendengaran atau pekak
-Terencat akal
-Masalah persekolahan

Amalan semasa mengandung
Kita hendaklah kembali kepada pemakanan yang dianjurkan oleh Islam. Makanan sunnah dapat mengelakkan kuning. Namun kita mampu merancang.
- Minum madu setiap hari. Jangan berlebihan pula.
- Minum susu kambing dan sebaiknya dicampur dengan Zafaran
- Makan buah delima atau minum pati delima
- Banyakkan makan kurma
- Makan buah tin
- telan sedikit minyak zaitun apabila kandungan mula membesar.
- Suami hendaklah menggosok perut isteri sambil selawat dan tasbih serta diperdengarkan ayat suci al-Quran.
Wallahu 'alam.... Anak anugerah Allah. Jaga, bimbing dan didiklah dengan sebaik-baiknya. Ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Anak-anak juga mencerminkan ibu bapa. Terima kasih kepada isteri tercinta Nurhayati Rahman yang telah melahirkan 5 cahaya mata ( setakat ruangan ini ditulis).
Sekiranya ada kekurangan dan keslipan mengenai ruangan ini sila komen....

No comments:

Post a Comment