Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya dijauhkan api neraka. Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.....
Pejam celik Ramadhan datang lagi...Kedatangan dinanti dan kepulangan ditangisi. Alhamdulillah masih bertemu lagi dengan bulan yang dilipatgandakan pahala amalan orang Islam.
Penulis ingin berkongsi beberapa tip bagi memanfaatkan Ramadhan kareem ini. Menjelangnya Ramadhan kita mesti berdoa agar dipertemukan dengannya. Perbanyakkan taubat. Azam tadabbur al-Quran dan merancang Ramadhan terbaik dalam hayat.
Cara Mendapatkan Ramadhan Terbaik
1. Mengharapkan bantuan Allah.
2. Melakukan amalan satu demi satu sehinggamenjadi tabiat
3. Berdikit-dikit dalam membaca al-Quran
4. Tetapkan waktu, tempoh dan tempat yang khas untuk setiap amalan
5. Meraikan usaha kejayaan amalan sendiri.
6. Bijak melakukan amalan.
Amalan Sunnah Sepanjang Ramadhan
1. Melewatkan sahur dan segera berbuka.
2. Solat berjemaah
3. Solat sunat
4. Berzakat dan sedekah
5. Membaca al-Quran
6. Berdoa
7. Menjauhi perkara mungkar
8. Giat beribadah dan beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan
Penulis berpesan kepada diri sendiri dan pembaca untuk terus beribadah. Bukannya dalam bulan Ramadhan. Impak yang berkesan ialah selepas Ramadhan. Sekiranya masih giat beribadah maka berjayalah Ramadhan bagi seseorang itu.
Saturday, June 28, 2014
Friday, June 13, 2014
WORLD CUP 2014
Setelah empat tahun kini menjelma pula. Sukan yang dinantikan oleh semua penduduk dunia. Seluruh dunia amat tertumpu kepadanya. Pada 2014 Piala Dunia diadakan di Brazil. Brazil yang terkenal dengan lagendanya Pele, Zico, Roberto Carlos, Ronaldo dan banyak lagi pemain Samba Brazil.
Sebanyak 32 negara yang terpilih berdasarkan pusingan kelayakan berhak bermain di pentas World Cup. Negara ini telah dipecahkan kepada 8 kumpulan dan setiap satu kumpulan mempunyai 4 pasukan. Dua pasukan dari setiap kumpulan layak ke pusingan kedua. Selama sebulan peminat bola sepak akan bercerita tentang bola di mana saja berada baik pejabat, kedai mamak, whatsApp dan lain-lain lagi.
Bagi penulis, ini adalah Piala Dunia yang ke 10 dalam hidup. Beberapa edisi terdahulu yang masih berlegar dalam fikiran penulis akan dikongsi bersama.... Hanya beberapa edisi sahaja sempat diimbas kembali. Edisi 1974 dan 1978 tidak tahu langsung sebab baru lahir dan masih kecil... Bermula edisi 1982 barulah penulis berjinak dengan World Cup ini. Pemain ketika itu yang popular antaranya Bryan Robsan (England), Poalo Rossi (Italy) dan banyak lagi. Kemudian lahir pula Micheal Platini, Diego Maradona yang terkenal dengan 'Tangan Tuhan'. Roberto Baggio, David Beckham, Zinade Zidane, Ronaldo....
Negara-negara yang sinonim dengan Piala Dunia ini ialah Brazil, Italy, England, Germany, Argentina dan Perancis....Menunggu 'kick-Off' atau sepak mula perlawanan pembukaan World Cup 2014 antara Brazil dan Croatia macam-macam spekulasi dan ramalan serta keinginan peminat. Siapa yang akan menjaringkan gol dahulu, yang mendapat kad dulu, jaringan terpantas, sepakan sudut pertama lah dan macam-macam kehendak peminat.
Sepanjang edisi world cup ini pelbagai nama bola telah digunakan. Edisi ini bola rasmi yang dikeluarkan oleh Adidas ialah Brazuca. Untuk mengetahui jenis-jenis bola boleh klik.
Hadiah yang ditawarkan oleh Fifa juga amat lumayan kerana pasukan yang beraksi di World Cup ini telah mendapat duit contohnya jika pasukan itu hanya bermain untuk peringkat kumpulan sahaja dan tidak layak ke pusingan seterusnya sebanyak RM 25.8 juta tambahan RM 4.8 juta sebagai persediaan pasukan. Lumayan bukan? Belum lagi yang masuk semi final atau Final. Pusingan kedua (16 terbaik) RM 29 juta. Suku akhir RM 45.1 juta. Keempat RM 64.5 juta, ketiga RM 71 juta, Naib Johan RM 80.6 juta manakala Juara Dunia akan menggondol USD 35 juta ( RM 113 juta )...
Siapakah bakal dinobatkan 'Man of The Match' setiap perlawanan, Penjaga Gol Terbaik, Pemain terbaik, Penjaring Terbanyak dan Pasukan Fair Play dan macam-macam lagi lah.
Dulu pelbagai kerenah dan aksi bila munculnya Piala Dunia. Antara yang popular ialah jersey pasukan yang bertanding. Tidak kurang juga dengan judi bola sepak dan ramalan. Sebelum ini peminat memberi tumpuan kepada sotong Paul yang sentiasa meramal dengan tepat keputusan perlawanan. tahun ini ada yang menggunakan penyu, gajah, daun terup dan macam-macam...
Siapakah yang bakal menonjol pada edisi kali ini, Ronaldo, Messi, Neymar, Ozil, Suarez, Balotelli, Cahill dan ramai lagi.
Bagi penulis, bila sebut World Cup... beberapa perkara yang berlegar dalam kepala antaranya Jaringan tangan oleh Dieogo Maradona, Roberto Baggio gagal menjaringkan sepakan penalti, Sotong Paul sebagai nujum, Hakam Sukur dengan jaringan terpantasnya dan barangan koleksi World Cup.
Pada edisi kali ini penulis memilih pasukan Germany sebagai pilihan Juara walaupun penulis sentiasa meminati pasukan Azzuri (Italy). Namun pasukan lain tidak boleh dipandang mudah. Mana tahu berlaku kejutan besar dalam edisi ini Negara Asia pula menjuarainya. Mana tahu. MALAYSIA bila lagi.....Preeeettttt.
Thursday, June 5, 2014
PENYAKIT KUNING
Alhamdulillah...syukur masih diberi ruang untuk bertemu di ruang maya. Kesibukan dan kekangan masa laman ini agak sepi sedikit. Penulis tergerak untuk berkongsi tentang Penyakit Kuning kepada bayi yang baru lahir kerana ia berlaku kepada anak penulis yang baru lahir....Ingat Allah tidak akan uji umatnya jika umatnya tidak mampu menanggungnya. Disebalik sesuatu ada hikmahnya.
Penyakit Kuning sering menyerang bayi yang baru lahir. Dalam tempoh seminggu kelahiran perhatikan pada muka, perut dan mata bayi. Senang je mata bayi kuning maka baru diserang penyakit kuning. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai JAUNDIS. Apa itu Jaundis.
Jaundis adalah suatu keadaan di mana mata dan kulit bewarna kuning. Kenapa? Terjadinya kerana sel darah merah terurai menghasilkan partikel atau Bilirubin. Bilirubin merupakan sejenis kimia yang hadir dalam darah ditapis oleh hati dan dibuang melalui najis.Akibatnya kencing menjadi kuning dan ada juga dibuang melalui najis. Bilirubin yang tinggi akan merosakkan otak dan saraf. Juga boleh membawa kepada maut jika ia terlalu tinggi.
Tanda-tanda penyakit kuning ( Jaundis )
-Kuning bermula dalam masa 24 jam selepas kelahiran
- Perut bayi juga kekuningan. Selepas ditekan perut.
- Bayi enggan menyusu dan kerap menangis
-Kuning berpanjangan lebih dari dua minggu
- Demam sawan ( tarik ) dan badan kejang
- Najis seperti Tanah Liat
- Kurang aktif
Apa perlu Buat:
Dapatkan rawatan di hospital berdekatan. - terapy lampu ( phototherapy ) atau penggantian darah jika kuning tahap berbahaya (Exchange Tranfusion )
Susu ibu amat berkesan untuk menurunkan kadar kuning bayi dan teruskan penyusuan.
Elakkan memberi ubatan tradisional secara minuman atau mandian.
Jangan jemur di bawah cahaya matahari kerana kulit bayi amat nipis. Tambahan pula lapisan ozon sekarang mengandungi pencemaran.
Namun begitu kita masih boleh berusaha, antaranya:
- Ibu perlu banyak makan kurma dan madu. Makan sunnah ini akan membantu menghasilkan susu terbaik dan disalurkan kepada bayi.
- Titiskan sedikit susu kambing segar. Susu kambing tidak boleh diberi banyak kepada bayi.
- Buat urutan lembut di kening bayi sambil berselawat dan bertasbih...
- Banyakkan doa kepada Allah.
Sebab-sebab Jaundis ( Kuning ): ( Banyak istilah perubatan )
- ABO 'incompatibilities'
- Rhesus 'Incompatiblities'
- Infeksi bakteria atau viral
-'G6PD deficiency' (enzim darah rendah)
- Hypothyrodism
- Bayi pramatang
- Cephalhaematoma
Kesan Kuning (Jaundis)
- Bahagian otak bayi yang rosak akan mengakibatkan kecacatan akal
-Menjejaskan pendengaran atau pekak
-Terencat akal
-Masalah persekolahan
Amalan semasa mengandung
Kita hendaklah kembali kepada pemakanan yang dianjurkan oleh Islam. Makanan sunnah dapat mengelakkan kuning. Namun kita mampu merancang.
- Minum madu setiap hari. Jangan berlebihan pula.
- Minum susu kambing dan sebaiknya dicampur dengan Zafaran
- Makan buah delima atau minum pati delima
- Banyakkan makan kurma
- Makan buah tin
- telan sedikit minyak zaitun apabila kandungan mula membesar.
- Suami hendaklah menggosok perut isteri sambil selawat dan tasbih serta diperdengarkan ayat suci al-Quran.
Wallahu 'alam.... Anak anugerah Allah. Jaga, bimbing dan didiklah dengan sebaik-baiknya. Ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Anak-anak juga mencerminkan ibu bapa. Terima kasih kepada isteri tercinta Nurhayati Rahman yang telah melahirkan 5 cahaya mata ( setakat ruangan ini ditulis).
Sekiranya ada kekurangan dan keslipan mengenai ruangan ini sila komen....

Subscribe to:
Posts (Atom)