Monday, December 5, 2011

10 MUHARRAM


Assalamulaikum....
Tidak ramai yang tahu tentang keistimewaan 10 Muharram. Ini kerana ia tidak disambut seperti Aidil Fitri, Maal Hijrah, Maulidur rasul dan hari kebesaran Islam lain. Waktu kecil dulu, aku tahu orang buat 'su re' (bubur asyura) tapi untuk apa? Untuk perkongsian semua bubur asyura dibuat pada 10 Muharram.

Peristiwa 10 Muharram
1. Allah menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya.
2. Allah menciptakan gunung-ganang.
3. Diciptakan lautan.
4. Diciptakan Qalam ( pena untuk menulis amal manusia ).
5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz.
6. Diciptakan Nabi Adam a.s..
7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga.
8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s..
9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud.
10. Diselamatkan Nabi Ismail a.s. dari sembelihan ayahnya ( Nabi Ibrahim ).
11. Ditenggelamkan Fir'aun.
12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s.
13.Dilahirkan Nabi Isa a.s.
14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s.
16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit.
17. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19. Hujan yang pertama turun dari langit.
20. Rahmat yang pertama diturunkan.

Keutamaan Puasa di Hari Asyura (10 Muharram)
Di dalam kitab Riyadhus Shalihin, Al-Imam An-Nawawi rahimahullah: terdapat tiga buah hadis yang berkenaan dengan puasa sunat pada bulan Muharram, iaitu puasa hari Asyura (10 Muharram) dan Tasu’a (9 Muharram).

Hadis Pertama
عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ.
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”. (Muttafaqun ‘Alaihi).

Hadis Kedua
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال:(يكفر السنة الماضية - رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Dari Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)

Hadis Ketiga
عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: (لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila (usia) ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim).

Rasulullah s.a.w.  ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, beliau menjawab, ‘Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnya). Bersamaan dengan hal tersebut, selayaknya seorang berpuasa ‘Asyura (10 Muharram) disertai dengan (sebelumnya) Tasu’a (9 Muharram). Hal ini karena Nabi s.a.w.  bersabda, ‘Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan’, maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu’a.
Wallah hu a'lam...


No comments:

Post a Comment