Sunday, December 25, 2011

SYILING 2012

Bermula pada tahun 2012 Malaysia akan mula mengeluarkan duit syiling baru Malaysia siri ketiga bagi menggantikan duit syiling yang sebelum ini. Kenapa perlu tukar? Kerana  menggantikan duit syiling yang telah lama digunakan hampir 20 tahun sekarang ini. Wang syiling baru ini lebih kecil, ringan dan mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri selamat dan didatangkan dalam 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan informasi tentang duit syiling yang baru ini.
Ciri-ciri Am Duit Syiling Baru Malaysia
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara (kecuali duit syiling 50 sen). Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’.
Siri duit syiling yang bertemakan Keunikan Malaysia ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit-duit syling berkenaan.
5 sen - Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baru.
10 sen - Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baru mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.
20 sen - Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling baru Malaysia 20 sen ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.
50 sen - sulur kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

DUIT BARU 2012


Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada not RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adalah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.
Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut
Not RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Wang Kertas RM10 – Flora
Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar
Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung Enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung Enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung  yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.
Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional

Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Wednesday, December 21, 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH s.a.w.

Setiap rezeki kurniaan Allah ada khasiatnya. Begitu juga kepada salah satu keperluan hidup iaitu makanan. Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat. Berikut adalah antara makanan yang digemari oleh Rasulullah s.a.w.:-

1. BARLI  - baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. Merupakan penyejuk badan.

2. KURMA - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.

3. BUAH TIN - ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.

4. ANGGUR - Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang  dan mencuci usus.


5. MADU - dianggap penawar terbaik kepada cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.
6. TEMBIKAI - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".


7. SUSU - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.
8. CENDAWAN - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.

9. MINYAK ZAITUN - rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.

10. DELIMA - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.

11. CUKA - makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun.

12. AIR - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru".

Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” 
Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim ).






Tuesday, December 13, 2011

DAULAT TUANKU

12.12.2011-tamatlah tempoh pemerintahan Payung negara Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-13. Raja yang berjiwa rakyat ini banyak menempa nama di seantero dunia dengan pelbagai aktiviti seperti hubungan diplomatik dan kesukanan. Baginda merupakan YDPA yang paling muda ketika memimpin negara.
Keberangkatan baginda ke Terengganu secara rasminya diambil alih mengikut sistem Majlis Raja-raja Melayu oleh penggantinya Al-Sultan Al-Mu'tasimu Billah Muhibuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'azam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah untuk kali keduanya memeganng tampuk pemerintahan negara. Sementara itu kepimpinan YDA ke-14 akan dibantu oleh kebawah Duli Yang Maha mulia Sultan Muhammad V, yang juga Sultan kelantan.


Mekar teratai di tepi lembah
Subur menghijau pohon selasih
Raja adil raja disembah
Tempat rakyat bernaung kasih.
Sembah Takzim dari rakyat jelata,
 Daulat Tuanku....
Kewibawaan Tuanku dalam ingatan rakyat

Istana Negara di Jalan Duta ( baru )
Istana Negara Kuala Lumpur

Saturday, December 10, 2011

GERHANA BULAN

Assalamualaikum....
Kebesaran dan kekuasaan Allah tiada bandinganNya. Disebalik kejadian ada hikmahnya. Sebagai seorang hambaNya kita mesti memuji keagungan dan bersyukur di atas segala nikmatNya. Umat Islam sekali lagi berpeluang menyaksikan peristiwa gerhana bulan penuh di Malaysia pada 10 Disember 2011 bersamaan 15 Muharram 1433H.
Dalam al-Quran banyak disebut kalimah al-qamar (   القَمَرِ ). Bahkan ada surah dinamakan dengan al-Qamar. Cekerawala itu berfungsi sepenuhnya seperti biasa. Namun mengikut pandangan bijak pandai ia berlaku kerana bulan yang mengelilingi bumi akan berada di kawasan terlindung. Bulan tidak dapat menerima cahaya matahari kerana dibayangi bumi. Kejadian ini akan berlaku mulai jam 7.48 malam ( lbh kurang ) dan berkahir pada 12.00 malam. Ketepatan waktunya - wallahu a'lam...

Sebagai umat Islam, kita digalakkan menunaikan solat sunat  gerhana bulan pada waktu terjadinya kejadian tersebut ( sunat mua'kad ). Sesudah solat dibacakan pula dua khutbah. Sebagai orang Islam marilah tingkatkan kualiti ibadah dan tinggalkan kemungkaran... Wallahu a'lam.

CARA-CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan dikuatkan suara seperti mana-mana solat malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat yang lain.
Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi kita di Malaysia, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Waktunya -  bagi solat gerhana bulan ialah ketika bermula  berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

ATURAN SOLAT GERHANA BULAN
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
الصلاة جامعة
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
-    Lafaz niat untuk gerhana bulan :
اصلي سنة خُسُوفِ القَمَرِ رَكْعَتَيْنِ مَأمُومًا للهِ تعالى
 “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

Wednesday, December 7, 2011

BUBUR ASYURA

Bahan-bahan:
1 kg beras
1 kg bawang merah (1/2  kg dikisar, 1/2 kg dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam (potong kecil)
2 kg santan
250 gram kacang hijau
500 gram ubi keledek
250 gram kerisik
5 batang serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 sudu besar rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
Garam secukup rasa

Hiasan
kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

Cara Membuat:
1. Masakkan beras, kacang, keledek, daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dalam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan