Pabila tiba musim perayaan yang melibatkan cuti panjang, maka berduyung-duyunglah anak perantauan akan kembali ke kampung bak ikan pulang ke lubuk. Begitu juga dengan aku dan familiku. Kesempatan ini sukar dilepaskan kerana pulang untuk mengunjungi keluarga terutamanya ibu bapa serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Niat yang akan membawa kepada kebahagiaan.
Namun begitu sebelum tiba ke destinasi pelbagai halangan dan cubaan yang perlu dihadapi. Antaranya; kesesakan lalulintas, mengantuk, kenderaan dan sesetengah sikap pemandu yang tidak berhemat di jalan raya. Nak marah, tapi kawal perasaan, sabar jelah. Ini dapat menguji sifat kita. Satu, dua, tiga kereta potong ikut laluan kecemasan sedangkan kita bergerak macam kura-kura. Panas juga rasanya walaupu dalam kereta berhawa dingin. Terima kasih kepada polis trafik yang menunggu di laluan kecemasan dan terus memberi surat saman kepada pesalah. Tapi kepada yang terlepas?
Tengok laju je kereta di laluan kecemasan, jarang yang kena saman. Bila kita melalui laluan tersebut terus kena saman. Nasib badan. Apa-apa pun undang-undang manusia boleh berubah dan ada yang terlepas. Tapi ingat undang-undang Allah tiada yang boleh terlepas. Berfikir dahulu sebelum bertindak......
No comments:
Post a Comment