Sebelum itu pada bagi gradun Pusat Kembangan Pendidikan ( PKP ) satu majlis makan malam diadakan di Dewan Perdana Felda, Jln. Semarak, Kuala Lumpur.
Antara sahabat baik; Muhammad Ismail dan Roslan Nik Mat.
Pesta konvo juga turut diadakan di Padang Kawad dan Dewan gemilang. Penulis bersama keluarga berkesempatan mengagihkan RM di gerai-gerai yang ada. Antaranya gerai cenderamata, pameran, ujian kesihatan, aneka jualan dan macam-macam lagi. Beratus jugalah habis.
Tapak Pesta UKM semasa pertandingan kereta berhias.
Namun keseronokkannya sukar digambarkan. My wife (Nurhayati) dan anak-anak ( Akif n Aina) pula tidak melepaskan peluang menyertai segala pertandingan yang diadakan. Hasilnya dapatlah hadiah dari 'booth' RTM dan Berita Harian. Selain itu, sebagai tanda kenangan kepada anak buah kami belikan setiap seorang t-shirt.
Pada hari dan masa yang ditetapkan tibalah giliran penulis menerima ijazah iaitu 17 Ogos 2009 ( Isnin ), sidang 6 telah menjadi sejarah dalam hidup penulis. Harapan penulis ia menjadi satu dorongan kepada isteri, anak-anak dan adik beradik bahawa umur tidak menghalang seseorang itu untuk berusaha memiliki segulung ijazah.
Menerima Ijazah dari Naib Canselor UKM,
Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Seperti graduan lain juga penulis menerima jambangan bunga dari keluarga. Terharu rasanya bila dihadiahkan jambangan bunga dari isteri dan anak-anak. Harganya bukan ukuran, tapi penghargaan dari orang tersayang menyebabkan penulis terharu.
Jambangan bunga dari isteri dan anak-anak.
Alhamdulillah pengorbanan selama 4 tahun akhirnya dituai. Harapan penulis kepada sahabat-sahabat agar terus belajar tidak kira usia. Perbaikilah taraf hidup anda. Jangan amalkan sikap suka dengki dengan kejayaan orang lain. Kita semua BOLEH!!!...
TAHNIAH!!!!!!!
ReplyDeleteSEMOGA KEJAYAAN YANG DIKECAPI HARI INI TERUS BERKEMBANG UNTUK HARI MENDATANG.
INSYA ALLAH
kemah molek ustaz...
ReplyDeletekemah molek ustaz
ReplyDeletehahahahah...juz wait my 2nd konvo..but dun fuget come n join 2 my graduate days..i will wear 4 d Bachelor Engineering.Hons(Civil)..dah xnk da grad tuk 3rd grad..cukup 2nd jer..xnk dah continue..pening kepala!!
ReplyDelete