Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Salam Kemerdekaan, salam 1 Malaysia...
MERDEKA! Laungan sejak 52 tahun lalu dilaungkan pada setiap 31 Ogos saban tahun. Sebelumnya negara telah dijajah oleh Jepun, Portugis dan British ( Inggeris ). Kejatuhan negara lebih setengan abad lalu telah melahirkan beberapa tokoh yang menentang penjajah, antaranya Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Doll Said dan ramai lagi yang seangkatannya. Semua pahlawan tersebut mahu menuntut kemerdekaan dan rasa tidak senang dijajah oleh pendatang. Akhirnya Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan rombongan telah berjaya menuntut kemerdekaan di meja rundingan. Hasilnya hingga hari ini kita semua menikmati KEMERDEKAAN.
Namun apakah erti MERDEKA kepada generasi yang lahir selepas Merdeka? Merdeka di sini bermaksud bebas dari penindasan dan penjajahan. Baik dari segi fizikal dan mental kita tidak lagi ditindas. Generasi kini bebas dari segi fizikal, tetapi adakah kita bebas dari segi mental dan pemikiran. Selagi pemikiran kita masih dijajah oleh budaya penjajah maka kita belum merdeka. Jadi fikir-fikirkanlah sendiri.
Tiada sambutan besar-besaran pada ulangtahun kemerdekaan ke-52. Mungkin ia jatuh pada bulan Ramadhan. Tetapi itu semua tidak menghalang semangat kemerdekaan.
Penulis dapati pada sambutan kali ini tidak banyak bendera atau jalur gemilang dipasang pada kenderaan. Entah mengapa? Tak kan bulan puasa tak boleh pasang bendera pada kenderaan atau mungkin bila lekatkan pada kenderaan, ia senang jatuh. Mulalah bersepah jalur gemilang di jalan raya. Ini pun satu hal, peniaga atau pengeluarnya nak fikir untung saja. Kualitinya tak de. Ataupun rakyat mengharapkan bendera free? Namun begitu jalur gemilang tetap berkibar megah di premis-premis kerajaan mahupun di sepanjang lebuh raya ( terutamanya LPT ).
Bagi pekerja awam dan swasta, bolehlah sambung cuti dan inilah peluang untuk membeli belah bagi persiapan hari raya. Pemilik gedung pakaian di ibu kota juga bertepuk tangan kerana cuti umum ini membantu menambahkan pendapatan mereka. Pelajar sekolah pula, sambung cuti lagi. Bagi calon UPSR makin hari makin dekat dengan UPSR. Tidak senang duduk nampaknya ( ibu bapalah). Anak-anak buat selambe je...
Bulan Ramadhan tidak menghalang sambutan kemerdekaan diadakan, sebaliknya pihak tertentu mengadakan aktiviti yang bersesuaian. Fikirlah sendiri....
Akhirnya, rebutlah peluang cuti umum ini dengan melakukan ibadah sebanyak mungkin kerana Ramadhan dah masuk 2/3. Masa berlalu dengan pantas sekali. Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
Sekian, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapacaian Diutamakan.

Sunday, August 23, 2009

KONVOKESYEN 37 UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) telah berjaya mengiktiraf graduannya dalam Konvokesyen ke 37 pada 15-19 Ogos 2009. 9 sidang diadakan pada majlis tersebut yang meliputi semua fakulti yang ada di UKM.
Sebelum itu pada  bagi gradun Pusat Kembangan Pendidikan ( PKP ) satu majlis makan malam diadakan di Dewan Perdana Felda, Jln. Semarak, Kuala Lumpur.
Antara sahabat baik; Muhammad Ismail dan Roslan Nik Mat.
Pesta konvo juga turut diadakan di Padang Kawad dan Dewan gemilang. Penulis bersama keluarga berkesempatan mengagihkan RM di gerai-gerai yang ada. Antaranya gerai cenderamata, pameran, ujian kesihatan, aneka jualan dan macam-macam lagi. Beratus jugalah habis.
Tapak Pesta UKM semasa pertandingan kereta berhias.
Namun keseronokkannya sukar digambarkan. My wife (Nurhayati) dan anak-anak ( Akif n Aina) pula tidak melepaskan peluang menyertai segala pertandingan yang diadakan. Hasilnya dapatlah hadiah dari 'booth' RTM dan Berita Harian. Selain itu, sebagai tanda kenangan kepada anak buah kami belikan setiap seorang t-shirt.
Pada hari dan masa yang ditetapkan tibalah giliran penulis menerima ijazah iaitu 17 Ogos 2009 ( Isnin ), sidang 6 telah menjadi sejarah dalam hidup penulis. Harapan penulis ia menjadi satu dorongan kepada isteri, anak-anak dan adik beradik bahawa umur tidak menghalang seseorang itu untuk berusaha memiliki segulung ijazah.
Menerima Ijazah dari Naib Canselor UKM,
Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Seperti graduan lain juga penulis menerima jambangan bunga dari keluarga. Terharu rasanya bila dihadiahkan jambangan bunga dari isteri dan anak-anak. Harganya  bukan ukuran, tapi penghargaan dari orang tersayang menyebabkan penulis terharu.
Jambangan bunga dari isteri dan anak-anak.
Alhamdulillah pengorbanan selama 4 tahun akhirnya dituai. Harapan penulis kepada sahabat-sahabat agar terus belajar tidak kira usia. Perbaikilah taraf hidup anda. Jangan amalkan sikap suka dengki dengan kejayaan orang lain. Kita semua BOLEH!!!...

Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK


RAMADHAN AL-KARIM, KULLI AM WA ANTUM BI KHAIR.

Ya Allah, Jadikanlah Puasa Tahun ini lebih baik dari sebelumnya, jauhilah segala perkara yang mungkar. Amin...

SELAMAT BERPUASA.

Wednesday, August 12, 2009

FLORIA 09





Bunga begitu sinonim dengan kaum Hawa. Namun kini ia tidak memilih jantina kerana sewaktu penulis bersama keluarga berkunjung ke Floria09 tersebut ramai juga kaum Adam. Kini ia dilihat sebagai satu komersial. bagi jurufoto ia akan merakam sudut menarik terhadap bunga. Pelajar pula dapat mengetahui pelbagai jenis bunga dan tentunya pameran ini merupakan tempat riadah bersama keluarga terutamanya pada hujung minggu.
Walaupun negara dikejutkan dengan penularan wabak H1N1, namun kesempatan Floria ini tidak dilepaskan oleh penulis sekeluarga untuk berkunjung. Selain itu ia membantu meluaskan minda anak-anak.

Pelbagai acara dan aktiviti terdapat di Floria09 itu. Antaranya pameran pelbagai jenis bunga, kraftangan, forum, persembahan dan banyak lagi yang menarik. Tak perlu diceritakan banyak-banyak. Nak tau pergi sendiri lain kali.


Semasa penulis dan keluarga menyusuri pameran tertutup-floral Pavillion sempat bertemu dengan pelakon veteran popular iaitu Fauziah Nawi tetapi sayang gambar kabur tak dapat disertakan.

Penulis dan keluarga tak sempat menjelajah ke semua sudut pameran kerana kepenatan dan dengan kerenah anak-anak menyebabkan hasrat jadi terbantut. Tahun depan akan pergi lagi dan ingin menjelajah ke semua ceruk. Rugi tak pergi. Sekurang-kurangnya dapat menambah pengetahuan serta membuka minda anak-anak.

Penulis berpesan jika ada apa-apa function yang baik, baiklah anak-anak agar mindanya lebih terbuka. Ingat pengajaran bukan sahaja dalam bilik darjah atau dalam buku.

Sekian, junpa lagi Floria10. Venue tak tahu lagi. 1Malaysia...














Saturday, August 8, 2009

OUR FAMILY








Family juga disebut sebagai keluarga. Setiap orang ada keluarga sendiri. Begitu juga dengan penulis. Adakah sesebuah keluarga itu bahagia? Ia bergantung kepada ahli keluarga tersebut.

Beralamat 93 Felda Mengkawang, keluarga ini diketuai oleh Zakaria bin Mat Ali ( Pok Ya ). Pada waktu kecil penulis bersama 8 beradik berteduh di sini mencari asas kehidupan. Pertengkaran kecil sering berlaku lima belas tahun lalu. ini menjadikan keluarga kami riuh rendah.


Namun ia berubah kini kerana masing-masing telah berhijrah yang kebanyakannya ke Lembah Klang untuk mencari rezeki.



Fazly dan Faizal merupakan pendidik di Hulu langat dan Gombak. Jay tetap di Mengkawang dengan kerjaya wedding plannernya. Ju ikut suami ke SA. Ezi kerja designer depan stadium SA. Shidah masih belajar di Uitm SA. Epu di pejabat belia sukan Kemaman dan Afzan di Jengka 15.



Sekali sekala musim perasaan atau sestuatu majlis rumah ini dipenuhi semula dengan makin riuh rendah terutamanya oleh generasi ketiga keluarga ini. nak itu, nak ini, macam-macam ragam. Itulah keindahan dalam keluarga dengan kehadiran cucu-cucu yang pelbagai lapisan umur. Seramai 10 cucu ini telah memecah kesunyian sebelum ini. Apabila semua selesai masing-masing mengangkat barang-barang ke bonet kereta masing-masing untuk pulang ke tempat kerja masing-masing. Maka tinggallah penghuni setia iaitu Mok Poh ( Latipah bt. Salleh ) dan Pok Ya menghitung bila lagi cuti sekolah atau hari perayaan... Menunggu kepulangan anak cucu tersayang....
Sekian.... ke arah Keluarga Bahagia. Amin...

Friday, August 7, 2009

APE YANG PENTING? KERJESAME..








Masyarakat kampung kini boleh berbangga dengan konsep Wonder Pet. Walaupun tak kuat, tak besar tapi semangat kerjasama membolehkan sesuatu perancangan berjaya dijalankan.







Realitinya masyarakat lebih khususnya jiran sekitar rumahku saling bekerjasama terutamanya bila keluargaku ingin mengadakan kenduri baik kenduri atau bek woh nikoh, kesyukuran, buka posa, tahlil, jamuan hari raya dan sebagainya maka yang pentingnye, "Kerjesame"....


Lihatlah dari menyembelih lembu hingga ke basuh pinggan, semuanya kerjesame. Namun kekadang tu dalam ahli masyarakat tidak semua begitu bak kata bidalan, dalam setandan pisang tidak semuanye elok. Inilah yang perlu dihapuskan dalam komuniti ini. Ada juga yang hanya memandang sahaja. Bila makan ia makan, lepas tu bakar rokok, katanye banyok 'angah'. Semuanye mintok dengan tuan rumoh. Kalu buat kerje tak ape. perbuatan menangguh di air keroh ini sukar dihapuskan.


Kesimpulannya, semua majlis berjalan dengan lancar dan jayanya walaupun penat tetapi rasa puas terpancar di raut wajah penganjur. semoga semuanya akan diberi ganjaran oleh yang Maha Esa. rajin-rajinlah bersedekah dengan IKHLAS....

Wednesday, August 5, 2009

Kait buoh






Ahlan wasahlan....



Sumber pendapatan negara kini termasuklah petroleum, getah, elektronik dan tidak ketinggalan juga kelapa sawit. Kelapa sawit sejak dulu lagi telah menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negara.



Bagi golongan sederhana sawit telah membantu meningkatkan sosio-ekonomi dalam menampung perbelanjaan harian termasuk tanggungan kepada anak-anak mereka dalam arena pendidikan. Siswazah di pusat pengajian tinggi tidak terkecuali dibiayai dari hasil kelapa sawit. Kelapa sawitlah yang membantu sesetengah keluarga hingga ke tahap hari ini. Begitu juga dengan penulis serta adik beradik yang lain.Itulah sebabnya penulis memulakan blog ini dengan tajuk kelapa sawit. semoga suatu hari nanti penulis mempunyai industri sawit sendiri. Amin...