Monday, June 24, 2013

walimatulurus Rasyidah

Tarikh : 24  Mac 2013
Tempat: No. 93 Felda Mengkawang.

SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT......

JEREBU

Apa itu JEREBU? Jerebu adalah keadaan kualiti udara yang tidak sihat dengan kehadiran partikel di atmosfera yang mengurangkan jarak penglihatan. Ini disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi dilepaskan dan menyerap sinaran matahari di atmosfera. Bila masa berlaku jerebu, Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) akan disukat bagi mengetahui tahap bahaya jerebu itu.
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan bahan pencemar udara untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungan kepada kesihatan.
Nilai IPU:
0 - 50 = baik
51 - 100 = sederhana
101 - 200 = tidak sihat
201 - 300 = sangat tidak sihat

Kesan jerebu kepada kesihatan
-Kesukaran bernafas
-Serangan jantung
-Gatal pada tekak
-Gatal pada mata
-Gangguan saluran pernafasan
-Gatal pada kulit

Orang ramai dinasihatkan agar banyak minum air masak dan kurangkan aktiviti luar rumah. Gunakan topeng menutup mulut dan hidung. Cegah sebelum merebak.
         

Sunday, June 23, 2013

NISFU SYAABAN

Nisfu Syaaban bermakna separuh dari bulan Syaaban. Maknanya cuma 15 hari lagi umat Islam akan menyambut puasa. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh keberkatan dan kerahmatan selepas malam lailatul qadar.
          Pada malam Nisfu Syaaban buku catatan amalan orang Islam selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dalam buku baru bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada 14 Syaaban.
          Antara amalan-amalan sunat pada bulan Syaaban ialah puasa sunat, berzikir, berighfar, selawat dan qiamulail. Pada malam Nisfu Syaaban juga umat Islam akan berkumpul di masjid atau surau untuk membaca Yaasin sebanyak 3 kali. iaitu:
-Bacaan pertama untuk mohon dipanjangkan umur dan taat kepada Allah serta beramal soleh kepadaNya.
-Bacaan kedua untuk memohon agar diberikan rezwki yang halal lagi diberkatiNya.
-Bacaan ketiga untuk mati dalam iman.
          Selain itu umat Islam juga disunatkan solat nisfu syaaban, samada selepas solat maghrib, isyak atau tengah malam. Lafaz niatnya :
  اصلى سنة ليلة نصف شعبان ركعتين لله تعلى 
Rakaat pertama bacaan al-fatihan dan al-kafirun
Rakaat kedua bacaan alfatihah dan al-ikhlas.

Selamat beramal...semoga amalan kita lebih baik dari semalam.

Saturday, June 1, 2013

PRU 13

05 Mei 2013 merupakan tarikh penting dalam lipatan sejarah Malaysia. Tarikh tersebut akan berlakunya proses memilih kerajaan Malaysia. Parti mana yang akan menerajui pimpinan negara akan diketahui. Sewajarnya pada hari tersebut semua rakyat Malaysia yang layak mengundi hendaklah membuat pilihan yang bijak.





PILIHANRAYA MALAYSIA

Selepas Perang Dunia ke2 berakhir pada 1945 dan pengunduran Tentera Jepun semangat Nasionalisme amat ketara. Tertubuhnya parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Lantas Pilihanraya diadakan untuk memilih kerajaan. Tujuan utama parti politik bertanding untuk mendapat majoriti di Parlimen ( Dewan Rakyat) juga Dewan Undangan Negeri. Calon yang mendapat majoriti akan diisytihar menang samada Parlimen atau Negeri.

Bagi melancarkan proses pilihanraya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal bagi memastikan prosedur pilihanraya berjalan tanpa masalah. Undang-undang tersebut ialah:
  1. Perlembagaan Persekutuan.
  2. Perlembagaan Negeri.
  3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
  4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
  5. Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
  6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
  7. Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.
Elemen-elemen penting pilihan raya
Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
  1. Bahagian Pilihan Raya.
  2. Pemilih.
  3. Calon.
  4. Proses Pilihan Raya.