Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga serta para sahabat baginda.
12 Rabiul Awal Tahun Gajah tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah Islam. Saban tahun di mana-mana umat Islam akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk memperingati junjungan besar ini. Walaupun pada masa baginda ia tidak dilakukan namun, usaha ini adalah untuk mendekatkan kembali hubungan antara umat Islam dengan baginda. Maka setiap pelusuk dunia akan memperingati baginda s.a.w.
Paling mudah jadikan segala sunnah baginda sebagai amalan dan sentiasa basahi bibir dengan berselawat ke atas baginda, sekali kita berselawat kepada baginda, maka sepuluh kali Allah akan berselawat kepada kita.....
Selamat menyambut Maulidur Rasul semoga amalan kita sentiasa lebih baik dari semalam.