Tuesday, January 10, 2012

MUHASABAH DIRI

KENAPA HATI MENJADI KERAS - US DON

Wednesday, January 4, 2012

IMPIAN RASA MASTERCHEF

Rancangan realiti yang menarik minat sekeluarga.

Tuesday, January 3, 2012

SKUAD PETEH 2012



Kebanggaan ...
Musim Liga tempatan bermula selepas tahun baru diraikan. Bagi skuad Terengganu pada 2012 akan mengekalkan sebahagian besar pemain lama yang telah menjuarai Piala FA, Naib Juara Liga Super juga Piala Malaysia pada 2011. Ini kejayaan cemerlang skuad yang mendapat jolokan Penyu Peteh di bawah kendalian jurulatih Irfan Bakti. Namun rombakan telah dilakukan bagi memantapkan skuad penyu agar lebih cemerlang lagi.
Jurulatih baru ialah Mat Zan Mat Aris yang pernah melatih skuad ini dan dibantu oleh Khalid Dahan serta Zubir Ibrahim. Manakala pemain 2012 dibarisi oleh Muhaimin Omar (3), Nik Zul Aziz Nawawi (5), Reeshafiq Alwi (7), Ailim Fahmi Kamaruddin (8), Ismail Faruqi Ashari (10), Abdul Manaf Mamat (11), Joseph Kalang Tie (12), Hasmizan Kamaroddin (13), Abdul Hadi Yahya (14), Mazlizam Mohamad (15), Zubir Azmi (16), Marzuki Yusof (17), Ahmad Nordin Alias (18), Ashari Shamsudin (22), Sharmiza Yusoff (24) dan Sharbinee Allawee Ramli (25).
Muka baru pula Muslim Ahmad (2), Shamsul Kamal Mohamad (4), Abdul Shukur Jusoh (19), Hariri Safii (20), Faizal Muhamad (23) dan Azlan Ismail (25). Pemain import pula Mohamadou Sumareh (9). Gabungan muka baru yang berpengalaman akan mampu meletakkan skuad ini lebih banyak merangkul piala pada tahun ini.

Milik Terengganu 2011  

Sunday, January 1, 2012

5 PERKARA

Assalamualaikum.....
Penulis ingin mengajak semua pembaca merebut peluang ini, apatah lagi kita telah menjejaki tahun baru. Kita sering dengar dan tahu 5 perkara ini. Namun ingat mengingati sesama kita adalah wajib walaupun telah diketahui. Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
1. Masa muda sebelum tua
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa lapang sebelum sibuk
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa hidup sebelum mati
Tepuk dada tanya iman, Kita sering mendengar, "peluang hanya datang sekali..........
Renung-renungkan...
Wallahu 'alam....