Tuesday, August 10, 2010

PUASA RAMADHAN

Saban Tahun umat Islam wajib berpuasa. Puasa merupakan salah satu dari rukun Islam yang mula disyariatkan pada Tahun kedua Hijrah. Setiap orang Islam yang mukallaf dan cukup syarat wajib berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya syariat Allah itu penuh dengan hikmahnya.
Amalan yang digalakkan:
1. Mengerjakan solat terawih dan solat-solat sunat yang lain.
2. Melakukan ibadah Qiamullail terutama sepuluh malam terakhir.
3. Bersedekah.
4. Bertadarus al-Quran.
5. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar pada waktu-waktu mustajab.
6. Mengeluarkan zakat.
7. Mengeratkan silaturrahim.
8. Mengerjakan umrah.
9. Menjaga pancaindera terutamanya mata, telinga, mulut serta perbuatan daripada melakukan perkara yang sia-sia.
10. Mengabdikan diri kepada Allah.
Perkara yang membatalkan puasa:
1.Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur atau qubul.
3. Muntah dengan sengaja.
4. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
5. Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
6. Gila.
7. Bersetubuh ( walaupun tidak keluar mani ).
8. Datang haid.
9. Bersalin.
10. Murtad.
Cara mengawal nafsu ketika berpuasa:
1. Sentiasa berzikir dan mengingati Allah.
2. Beri tumpuan kepada puasa ( jangan memikirkan perkara yang melalaikan ).
3. Penuhi masa dengan beribadah atau melakukan perkara yang berfaedah.
4. Jaga mata, telinga, mulut, tangan dan kaki.
5. Hindarkan diri dari marah dan tekanan.
6. Tetapkan aktiviti harian.
7. Niat ikhlas kerana Allah.

SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ASEAN

Kuala Lumpur, 12-21 Julai 2010 telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi kejohanan sukan sekolah-sekolah Asean pada tahun ini. Selangor dan Wilayah Persekutuan tempat berkumpulnya para pelajar dari seluruh pelosok Asia tenggara.
Tidak terkecuali aku telah dilantik sebagai pegawai teknikal dan peralatan bagi kejohanan sepak takraw sekolah-sekolah Asean yang bertempat di Dewan Komuniti Persint 11, Putrajaya.
Negara yang bertanding dalam kejohanan ini antaranya, Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Brunai Darul Salam dan Filiphina. Namun semua negara tidak mampu menandingi pasukan dari negara Gajah putih yang mendominasi sepenuhnya acara regu dan berpasukan.

Saturday, August 7, 2010

DERMA DARAH

Pusat Darah Negara amat memerlukan darah bagi menampung bank darah yang semakin berkurangan. Bersesuaian itu aku telah menderma sebanyak 450ml darahku. Darah jenis O aku akan disimpan di bank untuk kegunaan sesiapa yang memerlukannya. Derma darah ini juga dapat menyihatkan tubuh badan kita seterusnya membantu mereka yang memerlukan. Setitik darah amat beharga kepada yang memerlukan. Jadi tunggu apa lagi, jadilah penderma darah sekarang. 
Kempen ini dijayakan oleh Jaya Jusco dan PDN bermula 6-8 Ogos 2010 mulai 11pagi hingga 7 petang. Inilah Kempen Derma Darah Pra Ramadhan 2010.

Friday, August 6, 2010

PENGAKAP

Pada 23-25 Julai, di SKLK, Akif Zafran telah menyertai perkhemahan pengakap kanak-kanak untuk mendapatkan lencana gangsa. Al-maklumlah nak latih berdikari. Segala keperluan perkhemahan disediakan dan pada saat yang ditunggu telah tiba. Bahkan sebelumnya Akif tak sabar-sabar menunggu untuk 'berkhemah' di dalam kelas. Tak ramai murid tahun 3 yang mengikuti aktiviti ini. Hari pertama keadaan masih terkawal dengan bantuan dari rakan-rakan kumpulan. Bila masuk hari kedua, keadaan mula berubah kerana pada waktu malam Akif sesak nafas dan dibenarkan balik ke rumah. Pada waktu siang banyak aktiviti dijalankan dan kemungkinan kepenatan dan tidak biasa melaksanakan urusan sendirian. Tidurlah kat rumah. Keesokkannya nak pergi lagi menjalani aktiviti seterusnya. Antara foto yang sempat dirakam dan tengok sendirilah.
Tekun mendengar cara ikatan dan simpulan...
Membina logo kumpulan...
Selesai memasak hidangan nasi goreng...
Membina gadget  
Majlis penutup...
Taklimat oleh Tn Saiful Nizam
Pendaftaran
Ahli Pengakap 03 SKLK yang menyertai perkhemahan
Pemimpin bersama GB ( Pn. Che Ah )
Orang kuat pengakap SKLK
Menunggu?