Friday, December 31, 2010

JUARA AFF 2010

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Semua dada akhbar 30 Dis 2010 di Malaysia menghamburkan pujian kepada skuad Harimau Malaya yang mencipta sejarah gemilang dinobatkan Sang Juara Asia Tenggara setelah menjulang piala berprestij Piala AFF buat pertama kalinya selepas membenam tuan rumah iaitu Indonesia dengan agregat 4-2 walaupun tewas 1-2 dalam pertemuan di Stadium Gelora Bung Karno.Pelbagai provokasi yang dilemparkan terhadap skuad juara ini sehinggaka pemain terpaksa menggunakan 'baracuda' kereta perisai untuk ke stadium seperti ingin ke medan tempur. Layanan yang tidak sepatutnya juga dihamparkan kepada skuad juara ini. Tidak seperti kita yang amat menghormati tetamu dengan 'red carpet' lagi jika bertandang ke Malaysia.
Pasukan Malaysia yang sememangnya dikecam hebat pada perlawanan pembukaan Piala AFF ini apabila tewas 1-5 kepada juga Indonesia. Dengan 'pasukan kedua' kerana pasukan sebenarnya ramai yang cedera, jurulatih Malaysia K. Rajagobal mempertaruhkan pemain muda dan muka baru mengharungi perlawanan seterusnya dengan seri tanpa jaringan dengan Thailand dan mengakhiri perlawanan kumpulan A dengan menewaskan Loas 5-0. Akhirnya layak ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan dan bakal berdepan dengan juara kumpulan B yang juga merupakan Juara bertahan AFF Suzuki Cup 2009 iaitu Vietnam. Separuh akhir pertama diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang membuktikan bahawa Safee Sali menjaringkan dua gol bagi membantu Malaysia menang 2-0. Ini merupakan detik ketajaman penyudah Safee yang dianugerahkan kasut emas kejohanan. Pertemuan kedua di Stadium My dyn Vietnam keputusan seri 0-0 dan melayakkan Malaysia ke Final dengan agregat 2-0.
26 Dis merupakan final pertama di Stadium Bukit Jalil menenukan Malaysia dengan Indonesia dan keputusan memihak kepada Malaysia 3-0 hasil jaringan Safee (dua gol) dan Ashari, terus melonjak nama Safee selaku penjaring terbanyak setakat itu dengan 4 gol. Safee menambah koleksi gol di peringkat antarabangsa dengan jaringan pada pertemuan final kedua di Stadium Gelora Bung Karna pada 29 Dis walaupun pasukan Malaysia tewas dalam perlawan tersebut 1-2. Kemenangan Garuda pada malam itu belum cukup untuk menghalang Malaysia mencipta sejarah kegemilangan 2010 dengan agregat 4-2.







Dengan sejarah ini, terus PM mengumumkan bahawa 31 Dis adalah cuti umum bagi Malaysia... Ayuh Harimau Malaya usah pandang belakang lagi, perjalanan masih jauh. Tak lupa juga tahniah juga diucapkan kepada semua barisan kita terutamanya K.Rajagobal dengan strategi juaranya.......


Monday, December 20, 2010

UiTM Convo 73th

Konvokesyen UiTM kali ke73 telah dilangsungkan dengan jayanya baru-baru ini. Salah seorang graduannya ialah Siti Rasyidah binti Mamat @ Zakaria yang mendapat ijazah sarjana muda kejuteraan awam dalam istiadat tersebut. Kehadiran ahli keluarga terutamanya ibu bapa menyemarakkan lagi istiadat tersebut. Semoga banyak lagi istiadat konvokesyen akan dihadiri oleh ahli keluarga...
Masuk tv ( live) tu....

Dari kiri: Sarah @ Debeek, Adam n E-were


Bersama bonda tersayang Mok Pooh...
 

Anok2 buoh tolong bowok bunge....


Dengan ayahanda - Pok Yaa....







Pinjam bunga buat gamboooo....


Monday, December 13, 2010

ALYSHA INSHIRA

Tanggal 27 Oktober 2010 bersamaan 19 Zulkaedah 1431 jam 3:18 petang di KPJ Kajang, lahirlah seorang puteri kepada ibu dan bapanya. Kemudiannya ia dinamakan ALYSHA INSHIRA yang membawa maksud kelapangan yang terpilih. Dan seminggu kemudian diadakan kenduri aqiqah dan cukur jambul iaitu pada 05 November 2010.











Hari pertama melihat dunia...

Thursday, September 16, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA

Tahukah Anda? Mulai 2010 Hari Malaysia diberi pengiktirafan dan diisytiharkan hari cuti umum selepas PM Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan di Parlimen. Dalam lipatan sejarah Malaysia, tarikh 16 September 1963 ada peristiwanya tersendiri. Pada tarikh keramat yang berkesinambungan dengan tarikh kemerdekaan Malaysia itu adalah negara Malaysia ditubuhkan.
16 September 1963 merupakan hari penubuhan Malaysia yang menggabungkan Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura yang membentuk sebuah negara yang dikenali Malaysia. Asalnya, dicadangkan pada 1 Jun 1963 sebelum tarikh 31 Ogos, namun tercetus beberapa isu bantahan dari Filipina dan Indonesia yang tidak setuju dengan persempadanan negara.
31 Ogos disambut bagi memperingati perjuangan mencapai kemerdekaan daripada penjajahan. Manakala Hari Malaysia pula dirayakan bagi mengerat hubungan perpaduan dan persefahaman rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak yang kaya dengan pelbagai kaum etnik.
Sehubungan itu, bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan ke 53, 1Malaysia Menjana Tranformasi. Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-47. Semoga perpaduan di negara ini dikekalkan buat selamanya seterusnya menjadikan Malaysia negara aman dan harmonis.

Saturday, September 4, 2010

"NAMAT"

Juadah berbuka



Namat? Apa bendanya tu? "Namat' selalu disebut pada bulan puasa di negeri Pantai Timur terutamanya negeri Teregganu. Sejak aku lahir hingga kini tak pernah ku tanya apa sebenarnya 'NAMAT'. Yang aku faham 'Namat' ni majlis berbuka puasa. Kenapa disebut 'Namat'.
Pada pendapat ku 'Namat' tu ringkasan kepada penamat. Mungkin orang dulu-dulu (nenek moyang) mengistilahkan 'Namat' kerana bagi meraikan kejayaan berpuasa selama sebulan maka diadakan majlis berbuka puasa pada hari terakhir puasa, itulah agaknya asal 'Namat' tu. Tapi kini ia diadakan sebelum berakhirnya Ramadhan. Pada pendapatku juga, sesetengah orang mengadakan majlis berbuka puasa ni ketika waktu senang. Kalau semua orang ingin menganjurkan pada akhir Ramadhan, maka tuan rumah je yang makan sendiri kerana semua rumah menganjurkannya, dah tiada siapa yang nak datang. Jadi setiap orang yang ingin menganjurkan 'Namat' akan pilih hari yang sesuai agar tidak bertembung dengan penganjur lain. Lagipun pada akhir Ramadhan semua orang akan sibuk membuat persiapan raya seperti membuat lemang, ketupat, kemas rumah dan sebagainya.
Ia bukanlah satu amalan yang wajib, tetapi terpulang kepada individu yang berkemampuan dan dalam hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa memberi makan orang yang berbuka puasa; maka ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu (HRTarmidzi)" Ia juga merupakan sedekah dari tuan rumah, kerana pada bulan Ramadhan ni kita digalakkan mencari sebanyak mungkin pahala. Selain itu ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat. 
Pada Ramadhan 1431H, keluargaku telah memilih hari Nuzul al-Quran untuk mengadakan majlis tersebut ( 17 Ramadhan/27 Ogos) dengan harapan agar semua ahli keluarga dapat berkumpul dan sama membantu menjayakan majlis 'Namat' ini. Insya Allah majlis 'Namat' akan diadakan setiap tahun oleh keluargaku. Berikut adalah beberapa gambar kenangan 'Namat' 1431H.

Persiapan
Tugasan kaum ibu
Tak buat kerja ke....?
Sedap air ni....
Kira buah kurma ke....
harap ke die je.....
Setakat tuang air je....
tahlil
Jam pukul berape ni....
Apa lagi ditunggu...
Tambah, tambah, jangan segan
Makan kat luar lagi best...