Saturday, March 17, 2012

SELAWAT

SELAWAT bermaksud doa, rahmat daripada Allah ke atas Nabi, Para Malaikat mendoakan, memohon rahmat dan kemuliaan ke atas Nabi dan orang-orang yang beriman memohon kepada Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan Nabi dan mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya.
Sebenarnya selawat ini ada pelbagai jenis, antaranya; selawat munjiat ( memohon hajat ), selawat ibrahim, selawat jibril, selawat syifa' ( ubat ), selawat Fateh, tafrijiah, badriah dan banyak lagi....
Hukum:
Wajib - dibaca dalam tasyahud akhir dan dalam solat jenazah.
Sunat - dibaca dalam tasyahud awal, apabila disebut Nabi Muhammad s.a.w. dalam sesuatu majlis keramaian atau pekerjaan yang baik, pada permulaan dan akhir doa, pada akhir doa qunut, pada hari Jumaat, sesudah takbir hari raya, sesudah bertalbiyah, ketika menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. dan ketika telinga berdengung.
Kepentingan, kelebihan dan faedah Selawat:
1. Ungkapan rindu seorang umat Islam kepada Rasulullah s.a.w. mengharapkan syafaatnya.
2. Mendapat rahmat dan keampunan Allah s.w.t.
3. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
4. Terselamat daripada kebingungan pada hari akhirat.
5. Terkabul hajat di dunia dan akhirat.
6. Memperolehi nur Ilahi lahir dan batin.
7. Mendapat keberkatan hidup sebagai orang-orang soleh.
8. Mendapat 10 kebajikan dan dihapuskan 10 kesalahan.
9. Menjauhi daripada kerugian dan penyesalan.
10. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
11. Terhindar daripada kefakiran dan menutup keaiban.
12. Terhindar daripada kebakhilan dan diangkat 10 darjat.
13. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
14. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
15. Memudahkan jalan bagi masuk ke syurga.
Serikan hidup kita dengan selawat ke atas Nabi dan selamat beramal.....

Sunday, March 11, 2012

PASPORT RASULULLAH

Alhamdulillah, bulan Rabiul Awal telah berlalu, namun apa yang dilaksanakan pada bulan tersebut mesti diteruskan. Penulis maksudkan ialah sambutan memperingati Rasulullah s.a.w.. Bukannya apa, semasa ke kedai buku, tertarik dengan satu buku berkaitan Rasulullah saw. Dalamnya semua berkaitan dengan Rasulullah. Lebih menarik lagi buku tersebut direka bentuk seperti pasport. Isi kandungannya lengkap tentang peribadi Rasulullah s.a.w. Pasport ini bernombor 1-5-25-313-124000. Nombor tersebut ada kaitannya dengan baginda Rasulullah s.a.w...
Kita bukan hanya disuruh mengingati baginda pada bulan RabiulAwal sahaja bahkan setiap masa.Sesetengah individu melaungkan selawat hanya pada sambutan maulidur rasul sahaja. Segala teladan baginda dipilih-pilih sahaja. Sebagai umat Muhammad kita hendaklah kenal baginda. Tak kenal maka tak cinta.
Harap semua kawan-kawan dapat memilikinya...