Saturday, July 31, 2010

PESTA FLORIA 10

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia buat semua, Pesta floria Putrajaya telah berlangsung pada10- 18 Julai 2010. Seperti tahun sudah  aku telah membawa famili ke tapak pesta tersebut pada 11 Julai ( Ahad ), almaklumlah Ahad adalah cuti umum bagai Lembah Klang dan kawasan sewaktu dengannya.
Tanpa di dunga dan tidak seperti tahun sudah kerana sambutan kali ini begitu meriah dan lebih ramai pengunjung. Tahun lalu negara diancam virus H1N1.  Disebabkan kepadatan pengunjung dan kepenatan ahli rombongan maka tidak semua tempat ditinjau. Tahun depan datang lagi, Insya Allah.... Cintailah Flora dan Fauna.......

Tuesday, July 13, 2010

world cup 2010

Spain, Espana atau Sepanyol itulah juara dunia baru. Seantero dunia semua tahu bahawa Spain telah mencatatkan sejarah kerana meletakkannya sebaris dengan Brazil, germany, Italy dan lain negara yang pernah mengucup Piala Dunia.
Edisi kali ini menimbulkan pelbagai rencah dan kontroversi antaranya ketegasan pengadil dengan melayangkan begitu banyak kad kuning ( 258 kad ) dan 10 kad merah. Tidak kurang pula dengan keputusan yang kontroversi terutamanya jaringan gol ketika England tewas kepada Germany.
Namun, tirainya telah dilabuhkan dengan kenangan berbeza bagi setiap orang. Tahniah kepada Spain memperolehi US 30 juta. Tahniah juga kepada pemain terbaik perlawanan akhir Andres Iniesta ( Spain ), Pemenang Bola Emas ( pemain terbaik ) - Diego Forlan ( Uruguay ), Kasut Emas dan pemain Muda Terbaik, Thomas Mueller ( Germany ), Tangan Emas, Iker Casillas ( Spain ).
Selebriti yang paling mendapat tumpuan ialah si sotong Paul. Ingat jangan percaya nanti khurafat pulak....

Jumpa lagi di Brazil 2014.