Tuesday, June 29, 2010

KONVOKESYEN OUM 2010

21 Jun 2010, Bertempat di PWTC telah selamat dan secara rasminya bahawa Mohd Faizal bin Mamat @ Zakaria telah tamat pengajian Ijazah Sarjanamuda pengajian Matematik. Setelah bertungkus lumus di Open Universiti Malaysia, akhirnya dapatlah segulung ijazah. Konvokesyen diadakan di PWTC itu telah dihadiri oleh anak isteri, ibu bapa serta ipar duai. Tahniah.

Thursday, June 17, 2010

BIRTHDAY AKIF 9th

Genap 15 Jun 2010 putera sulungku menjangkau usia 9 tahun, Sambutan secara kecil-kecilan diadakan bagi meraikan hari jadinya itu. Namun perasaan puas jelas di wajah Akif kerana kehadirannya dihargai walaupun majlis ringkas. Sekadar tiup lilin dan memotong kek sudah cukup buat seorang kanak-kanak kerana pada masa itu dialah tumpuan semua dan semua orang menghargainya.
Namun sebelum sambutan birthday diadakan, dia telah dibawa bercuti ke Tiara Beach Resort PD bersama adik dan sepupunya. Ini juga kira hadiah birthday walaupun orang lain menyertai sama. Keseronokan 3 hari 2 malam di sana cukup bererti bagi menyambut birthday nya yang ke 9. Semoga hari-hari seterusnya lebih ceria dan jadi anak yang soleh, disayangi dan disukai oleh semua orang juga bahagia di dunia dan akhirat.

Thursday, June 10, 2010

PIALA DUNIA FIFA 2010

Assalamualaikum warah matullah..... dan salam 1Malaysia serta salam world cup. Setelah kian lama menyepi kini bersua lagi di arena ini dengan cerita yang hangat iaitu demam piala dunia. Mana-mana pelusuk dan ceruk rantau heboh diperkatan mengenai kejohanan bola sepak yang diadakan empat tahun sekali.
Tahukah anda asalnya piala yang menjadi rebutan dunia . Terdahulu ia dikenali sebagai Trofi Jules Rimet. Sejak 1930 hingga 1970, trofi ini dianugerahkan kepada pemenang Piala Dunia yang asalnya dinamakan 'World Cup' atau 'Coupe du Monde' sebelum ditukar mengikut nama Presiden FIFA, Jules Rimet yang membuat penganjuran pertama. Pada 1970, selaku juara tiga kali, Brazil diberi kelebihan memiliki trofi itu, namun ia dicuri pada 1983.
Selepas 1970, tujuh pakar dari negara berbeza membuat penilaian 53 model trofi Piala Dunia FIFA yang direka dan akhirnya hasil tangan pereka Itali, Silvio Gazzaniga dipilih sebagai piala rasmi dengan ukuran tinggi 36 cm, ia diperbuat daripada emas 18 karat (75 peratus) seberat 6.175 kilogram. Tapaknya mengandungi dua lapisan gangsa, manakala di bahagian bawahnya terukir nama negara yang pernah menjuarai Piala Dunia sejak 1974.
Sejak 18 kali penganjuran Piala Dunia, tujuh negara pernah memenanginya dengan Brazil sebagai negara terbanyak ( lima kali ), Itali ( empat kali ), Jerman ( tiga ), Uruguay dan Argentina ( dua ), serta sekali bagi England juga Perancis.
Bagi edisi ke-19 tahun 2010 yang diadakan di Afrika Selatan sebanyak 32 negara yang layak bertanding akan mempertaruhkan ayam tambatan masing-masing untuk mendakap Piala yang berprestij ini. Dapatkah juara bertahan mengekalkan kejuaraan ini dan menyamakan rekod pencapaian Brazil atau samba Brazil sukar digugat. Bagaimana pula dengan pasukan yang memiliki pemain termahal dunia, Portugal. Atau tuan rumah Afrika Selatan ingin menggunakan tuan di laman sendiri seperti Perancis. Anak didik Maradona yang pernah beraksi enggan mengalah. Namun pasukan lain seperti England, Sepanyol, Belanda dan wakil Asia seperti Jepun juga Korea mampu membuat kejutan. Apa-apa pun boleh berlaku selagi wisel penamat belum dibunyikan.
Bermula 11 Jun hingga 11 Julai 2010 dunia akan 'demam' dengan bola. Tahniah juga diucapkan kepada wakil Malaysia dalam World Cup kali ini iaitu Cikgu Subkhiddin. Ingat bola tu hanya hiburan sahaja, kerja jangan diabaikan pula.
Sekian, menunggu kick off.........